Memang Menjadi! Tak Perlu Buang Gel Pewangi Yang Kecut, Cuba Cara Ini Pasti Boleh Guna Lagi

Share

Kebiasaannya kita pasti akan membuang gel pewangi selepas ia sudah mengecut kerana merasakan ia sudah tidak berfungsi lagi. Namun, tahukah anda sebenarnya ia masih boleh digunakan dan tetap memberikan haruman yang kuat pada persekitaran anda.

Nak tahu bagaimana? Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini!

Ini contoh gel pewangi yang telah mengecut.

Kemudian rendamkannya di dalam air.

Lihatlah, ia sudah kembang kembali seperti ke bentuk asal.

Yang ini juga contoh gel pewangi yang telah kembang kembali selepas direndam. Memang menjadilah teknik ini. Anda bolehlah mencubanya di rumah!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

kredit: Facebook Aine Soaudi

IKLAN