Manis Berhijab, Intan Ladyana Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Harris Alif

Share

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10 pagi tadi. 

Di pagi Jumaat yang indah ini, Harris telah menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian buat isteri tercinta.

Pihak pengantin perempuan telah memberikan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki.

Kelihatan sangat berseri, Intan tampil cantik berhijab dalam busana berwarna putih rekaan Hatta Dolmat.

Bahagia seorang ratu sehari!

Diberi tanggungjawab untuk menata hijab, Bella Hud telah memilih gaya loose buat pelakon filem Adnan Sempit itu bagi mengikut trend terkini selain merasakan ia sangat sesuai dengan bentuk wajah Intan.

 

Sama cantik, sama padan.

Moga Intan dan Harris dapat melayari alam perkahwinan dengan penuh rasa kebahagiaan dan juga kasih sayang. Didoakan agar hubungan ini kekal selamanya hingga ke syurga. Amin…

IKLAN