Makan Mi Segera Tidak Buat Kepala Jadi Botak Atau Melemahkan Otak Tetapi…

Share

Mi segera memang sentiasa menjadi pilihan ramai. Selain cepat dimasak, rasanya yang sedap buatkan ramai ketagih. Namun, kita mesti biasa dengarkan orang kata mi segera sangat tidak elok untuk kesihatan dan juga untuk minda kita terutamanya lagi untuk pelajar. Namun, makanan ini tetap menjadi pilihan pelajar untuk dijadikan stok di asrama.

Seorang doktor perubatan kecemasan telah berkongsi fakta mengenai mi segera di akaun twitternya @drwaque. Jom kita ikuti perkongsiannya yang ringkas tapi sangatlah padat ini.

Menurutnya, mi segera tak menjadikan seseorang itu dungu atau botak tapi memberikan beberapa masalah lain…

Kalau nak kurus, ini sememangnya bukanlah makanan pilihan. Cuba semak berapa kandungan kalorinya itu.

Kandungan garamnya juga tinggi dan boleh menyebabkan risiko dapat tekanan darah tinggi.

Kesan daripada penyakit darah tinggi ini adalah boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.

Photo by Artem Labunsky
on Unsplash

Oleh itu, berpada-padalah jika ingin menikmati mi segera ini. Bukan tak boleh, bak kata doktor, ‘makanlah’. Tapi jangan jadikannya makanan harian. Makan bila ‘darurat’ sahaja.

kredit: twitter @drwaque

IKLAN