Ayat-ayat Al-Quran sememangnya terkandung 1001 rahsia dan penawar dalamnya. Setiap orang itu mahu rasa disenangi oleh orang sekelilingnya. Untuk itu, apa kata hijabi amalkan doa ini ? InsyaAllah, keserian wajah juga akan terserlah.
Surah Yusuf Ayat 4
.
Ads
Surah Taha Ayat 39
.
Ads
Ads
Mudah sahaja bukan? Amalkanlah setiap hari selepas solat. InsyaAllah, orang sekeliling akan rasa tenang dengan kehadiran anda dan segala urusan juga dipermudahkan. Pastikan ya anda mengamalkannya dengan niat yang baik kerana Allah Taala.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fenomena makan tiram mentah yang diperah lemon atau pun dicicah dengan pelbagai jenis sos menjadi kegilaan ramai sejak dua menjak ini. Walaupun tiram boleh dipelbagaikan cara masakannya sama ada dibakar, ditumis dan sebagainya namun trend makan tiram mentah menjadi pilihan ramai.
Persoalannya bolehkan tiram dimakan secara mentah-mentah, tanpa perlu dimasak terlebih dahulu?
Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Syeikh al-Sa‘di menyebutkan, tatkala haiwan buruan itu merangkumi haiwan buruan darat dan lautan, Allah SWT telah mengecualikan bagi kamu — dalam keadaan kamu sedang berihram — haiwan buruan laut iaitu haiwan laut yang hidup dan makanan yang didapati dari laut iaitu haiwan laut yang sudah mati. Justeru, perkara itu menunjukkan bahawa bangkai haiwan laut adalah halal. Selain itu, faedah kehalalannya itu adalah bertujuan supaya kamu memanfaatkannya dan begitu juga temanmu yang bersama kamu dalam perjalanan turut memanfaatkannya.
Dalam Ensiklopedia Dunia dinyatakan, tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan beriklim sederhana hingga iklim tropika. Tiram mempunyai badan yang lembut dan boleh dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping cangkerang keras. Cangkerang ini biasanya bertepi tajam dan tidak sekata bentuknya.
Tiram hidup di dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya tenang dan tidak dalam. Tiram adalah antara kerang-kerangan yang paling bernilai. Tiram di Teluk Parsi dan Lautan Pasifik membentuk mutiara yang digunakan sebagai permata. Manusia memakan tiram sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kira-kira pada tahun 43 M., peneroka Rom di England menangkap tiram di sepanjang pantai.
Pada musim sejuk, mereka membungkus tiram dalam karung kain dan menghantarnya ke Rom. Kemudian, orang Rom purba menternak tiram di “ladang” dalam perairan di luar pantai Itali. Pada hari ini, banyak tiram diperoleh dari ladang di dasar laut yang biasanya terletak di sepanjang pantai. Seperti kima, kerang, dan beberapa kerang kerangan lain, tiram adalah jenis moluska. Moluska membentuk bahagian utama dalam alam haiwan.
Tiram menghabiskan kesemua hayatnya, kecuali beberapa minggu pertama, di satu tempat di dasar laut. la menggunakan bahan cangkerang yang dihasilkan oleh mantel untuk melekatkan pada batuan atau pada objek-objek lain dalam perairan yang tenang. Bahan cangkerang mengeras dan memegang injap yang lebih besar dengan kuat. Kebanyakan tiram hidup selama kira-kira enam tahun, tetapi sesetengahnya hidup selama 20 tatun.
Anak tiram. Tiram betina boleh mengeluarkan sebanyak 500 juta telur setahun. Telur yang berwarna kekuning-kuningan adalah terlalu kecil sehingga kelompok telur itu kelihatan seperti krim yang pekat. Tiram betina bertelur dengan menyemburkannya ke dalam air di sekitarnya.
Tiram jantan mengeluarkan sperma ke dalam air, dan sperma bersatu dengan telur dan mensenyawakannya. Anak tiram menetas kira-kira 10 jam kemudian. Setiap anak tiram adalah kira-kira sebesar mata jarum. Anak tiram menggunakan silia untuk bergerak. Apabila ia berumur 24 jam, ia membentuk cangkerang kecil. Pada peringkat ini, anak tiram dikenali sebagai veliger. Tiram tidak boleh dimakan sehingga beberapa bulan kemudian.
Tiram menghabiskan masa kira-kira dua minggu pertama kehidupannya dengan terapung dan berenang. Pada masa ini, tiram mempunyai “kaki” yang kuat yang menganjur daripada badannya. Tiram menggunakan kaki untuk menguji batuan, cangkerang, dan lain-lain objek keras bagi mencari tempat yang sesuai untuk menetap.
Tiram memilih salah satu objek ini dan melekatkan diri padanya. Beberapa tiram boleh melekatkan diri pada batuan yang sama, atau mungkin melekatkan diri dengan satu sama lain. Tiram sering membentuk kumpulam yang sesak di serokan batuan di sepanjang pantai. Anak tiram sangat cepat membesar.
Tiram yang berumur sebulan kira-kira sebesar kacang pis, dan tiram yang berumur setahun kira-kira 2.5 sentimeter diameternya. Tiram membesar kira kira 2.5 sentimeter setahun selama tiga atau empat tahun, dan kemudian membesar dengan lebih perlahan lagi dalam hayat selebihnya. Sesetengah tiram membesar sepanjang 30 sentimeter.
Musuh. Tiram mempunyai banyak musuh, dan tidak mempunyai pertahanan kecuali cangkerangnya. Mungkin manusia adalah musuh terbesar tiram. Mereka menangkap dan memakan berjuta-juta tiram setiap tahun. Ikan mungkin menelan beribu-ribu tiram yang baru menetas dengan sekali telan.
Ketam dan lain-lain haiwan laut memakan anak tiram selepas memecahkan cangkerang baru yang lembut. Tapak sulaiman membuka cangkerang tiram dengan kakinya yang berbentuk tiub dan memakan isinya. Lain-lain musuh tiram termasuk siput gerudi tiram dan sesetengah whelk.
Haiwan ini menggunakan giginya bak kikir untuk menggerudi lubang pada cangkerang tiram dan menyedut bahagian yang lembut. Burung yang dikenali sebagai penangkap tiram membuka cangkerang tiram dengan paruhnya yang kuat. Penyakit yang disebabkan oleh virus yang tidak memudaratkan manusia boleh membunuh berjuta-juta tiram dalam setahun.
Pada asasnya tiram termasuk dalam hidupan air yang halal dimakan tanpa perlu kepada sembelihan. Hal ini kerana ia termasuk dalam keumuman firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Terlebih dahulu Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa sekiranya ditelan ikan yang masih hidup atau ikan yang masih hidup itu dipotong separuh daripadanya, kemudian dimakan. Maka dalam perkara ini, terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram. Justeru, kemakruhan tersebut berkemungkinan kembali kepada dua sebab iaitu perbuatan memakannya secara hidup-hidup berkemungkinan menyakiti dan menyeksanya, atau kerana memakannya secara mentah-mentah tanpa dimasak.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, memakan daging secara mentah telah menjadi khilaf di antara para ulama kepada dua pendapat. Pertama, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah harus. Kedua, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh.
Pendapat yang memakruhkan ini, di antaranya merupakan pendapat sebahagian ulama Hanbali seperti yang dinukilkan oleh Ibn Muflih dalam kitabnya, al-Adab al-Sya‘riyyah yang menyatakan bahawa makruh makan daging mentah atau yang tidak dimasak. Sedangkan pendapat yang kedua yang menyatakan harus pula adalah berdasarkan pendapat al-Mardawi dalam kitabnya al-Insafyang menukilkan pendapat Imam Ahmad yang mengatakan, tidak mengapa memakan daging yang mentah. Pendapat ini adalah pendapat yang rajih kerana tiada nas yang mengharamkannya dan merupakan pendapat yang muktamad dalam mazhab Hanbali.
Maka ia menepati kaedah:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ
Maksudnya: “Hukum asal pada sesuatu itu adalah harus.”
Selain itu, Imam al-Nawawi juga pernah ditanya mengenai hukum memakan daging mentah dan beliau menjawab dengan menyatakan bahawa hukumnya adalah harus. Sekalipun begitu, perkara ini juga perlu dilihat berdasarkan kesihatan. Dari segi perubatan, pakar kesihatan menyarankan agar makanan mentah hendaklah dimasak bagi mengelakkan keracunan makanan. Hal ini kerana daging mentah mengandungi bakteria seperti E.coli, Listeria monocytogenes dan Campylobacer yang mungkin menyebabkan simptom loya, muntah, cirit birit, demam dan sakit kepala. Bahkan memakan daging mentah boleh mendatangkan bahaya dan penyakit bawaan makanan.
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa memakan tiram secara mentah-mentah adalah makruh. Namun, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracunan makanan, maka hukumnya adalah haram.
Firman Allah:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.”
Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Aamiin. Wallahua‘lam.
Sumber kredit: maktabahalbakri.com Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi dan pelakon jelita, Nas Adila mengumumkan khabar duka apabila dirinya diuji menghidap kanser payudara sebaik sahaja menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Selayang pada awal Mac lalu.
Meskipun terkejut dengan keputusan pemeriksaan yang dijalani itu, Namun Nas akui dirinya redha dan terpaksa kuat untuk mengharungi ujian yang dititipkan Allah buatnya dan mahu sentiasa kekal positif berdepan ujian ini.
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya lapor sebuah portal hiburan.
Justeru itu, sebagai langkah susulan. Nas berkata dia akan melaksanakan satu lagi CT scan untuk mengetahui dengan lebih tepat tahap sebenar kanser yang dihidapinya serta memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.
Mengulas berkenaan ujian yang menimpa dirinya, Nas meluahkan rasa syukur dan menganggap segala apa yang terjadi dalam kehidupanya sebagai satu hikmah dan juga asbab untuk dia lebih dekat kepada yang maha pencipta.
“Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri-Nya.
“Setelah jadi begini pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Dalam masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sebaik mungkin untuk lawan sakit ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sejak diuji dengan ujian kesihatan ini, dia menerima dukungan dan juga sokongan positif dari keluarga dan juga orang sekeliling. Malah, hubungannya bersama suami menjadi lebih akrab berbanding sebelumnya.
Bintang filem Indonesia ‘KKN di Desa Penari’, Tissa Biani kini sedang berada di tanah suci untuk menunaikan umrah. Berbeza dengan penampilan hariannya, Tissa kerap berkongsi foto anggunnya berhijab dan telah mendapat pujian ramai.
Aktres muda yang berumur 20 tahun dan juga merupakan kekasih Dul Djaelani (anak kepada Ahmad Dhani) ini telah pergi menunaikan umrah bersama keluarga tercinta sejak minggu lalu.
Tissa Biani sempat berkongsi gambar bersama keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci. Foto yang diambil di Terminal Bandara Soekarno Hatta itu memperlihatkan dia bersama keluarga memakai busana yang sedondon.
Sesampainya di Tanah Suci, Tissa Biani sempat mengunggah foto bersama keluarganya di hadapan Masjidil Haram. Bukan hanya itu, dia juga banyak memuat naik fotonya sepanjang berada di sana. Di antaranya, momen ketika berada di hadapan Zam Zam Tower, Makkah serta Masjid Quba.
Tidak mahu terlepas momen terakhirnya beribadah di Tanah Suci, Tissa sempat membuat kunjungan ke Masjid Nabawi. Dia yang terlihat manis dengan pakaian yang tertutup itu sempat memuat naik gambar di laman Instagramnya sebelum pulang ke Jakarta.
“Hari terakhir di Madinah. Akan sangat dirindui!(Bakalan kangen banget!) Alhamdulillah, Hari ini adalah hari untuk saya dan keluarga pulang ke Jakarta.
Tidak hanya itu, dia turutmenyatakanhasratuntukkembalikeTanahSucisuatuharinanti serta berdoaagarAllahSWTsentiasamemberkatihajatnya.
“Semoga dimurahkan rezeki untuk kembali ke sini secepat mungkin bersama insan tersayang, Aamiin Ya Allah,” tulis Tissa.
Dalam foto tersebut, Tissakelihatananggundenganjubahkelabuyangdigandingkandenganpashminaungu. Apatah lagi, dia dilihat memakai stokin untuk menutup auratnya dengan sempurna.
Gaya berhijab Tissa Biani di hari terakhirnya di Madinah telah menambat hati para peminat. Bukan sahaja peminat di Indonesia malah Malaysia. Rata-rata mereka mendoakan agar dia selamat pulang serta memuji kecantikan Tissa Biani saat mengenakan hijab.
“Masya Allah, aamiin neng cantik dan imut. Rezeki anak Sholihah, semoga rezekinya nular ke aku dan family bisa berkunjung beribadah di Makkah Madinah”
“Cantik seperti bidadari syurga”
“Masha Allah cantiknya iras gadis-gadis daripada Arab”
Apa yang menarik perhatian, bukan sahaja peminat, malah kekasih hatinya; Dul Djaelani serta bunda kepada kekasih hatinya; Maia Estianty turut meninggalkan komen di ruangan tersebut. Memang ‘imut’!
Meskipun sering membawakan watak seorang wanita berhijab, ramai yang belum mengetahui bahawa Tissa Biani masih lagi belum menutup aurat sepenuhnya. Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kunjungan dia ke tanah suci memberi hidayah kepadanya untuk berhijab suatu hari nanti.
Info tambahan, selain ‘KKN di Desa Penari’, aktres ini turut membintangi beberapa filem dan sinetron lain seperti ‘Makmum The Movie’ ‘Pesantren Cinta’, ‘3 Nafas Likas’, ‘Perfect Dream’, dan ‘The Returning’.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.