Social media influencer yang juga seorang ahli farmasi, Sitiawe yang selalu berkongsi dengan semua mengenai isu-isu kesihatan terkini memang menjadi tumpuan ramai kerana kepetahannya ketika berbicara dan gayanya yang santai membuatkan orang senang menerima input yang disampaikan.
Telah mendirikan rumah tangga pada 27 April yang lalu bersama suaminya iaitu Faiz, pasangan ini juga baru sahaja melangsungkan majlis bertandang di Melaka pada hari Sabtu yang lalu.
Memilih warna putih dan emas sebagai warna tema, pasangan ini kelihatan menawan sekali dalam busana tradisional. Solekannya yang on point menyerlahkan lagi sisi kejelitaannya.
Drama-drama Korea Selatan memang menjadi antara drama rantaian pilihan penonton pada masa kini. Selain jalan ceritanya yang hebat dan tidak stereotaip seperti drama lain, lakonan yang mantap daripada pelakonnya juga membuatkan penonton boleh terus setia menonton dari awal sampailah ke episod akhir.
Bagi mengetahui senarai drama yang wajib anda tonton, ikuti thread daripada @dayzamrie ini. Pasti tidak menyesal!
Ayah,bapa,baba,abah atau apa jua gelaran lain yang dipanggil adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Mereka adalah sesosok badan yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok tindakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan sebelum memasuki kereta. Video tersebut telah membuatkan ramai tersentuh.
Hantaran video itu dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @sitilatifahmutalib yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut, memaparkan tindakan suaminya dengan penuh kasih sayang melindungi anak mereka daripada kebasahan ditimpa hujan.
Video sayu tersebut lengkap dengan kapsyen yang ditulis ‘Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you’.
Di awal video, dapat dilihat si bapa melindungi kepala anaknya dengan memasukkan kepalanya ke dalam bajunya.
Kemudian, dia bersama anaknya berjalan bersama ke arah kereta dengan keadaan si bapa yang bertongkat pada ketika itu. MasyaAllah, benar kata orang; kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya.
Si isteri yang merakamkan video tersebut turut mengatakan seandainya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak, dia ingin sekali menjawab manusia itu ialah suaminya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen tersentuh kerana walaupun si bapa mengalami kekurangan, dia tetap menggagahkan dirinya untuk anaknya itu. Ramai yang turut memuji tindakan tersebut serta mendoakan keluarga mereka.
“Sedangkan suami yg sihat walafiat belum tentu nak jaga anak begitu..asyik takde masa”
“Saya doakan akak & family sentiasa dalam lindungan Allah. rezeki yg melimpah ruah. bahagia till jannah”
“Semoga dimurahkan rezeki yang tidak putus2 untuk insan hebat ini.Aamiinn”
“Berair mata baca caption si Isteri. semoga ikatan kasih sayang sis Dan suami hingga ke syurga ya sis.aamiinn”
“Alhamdulillah…syukran Ya Allah ..cukup indah ciptaan MU melengkapi kekurangan …Masyallah….semoga bahagia kalian”
Setelah mendapat komen positif dan doa yang tidak putus daripada netizen, pemilik akaun tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih dan turut berharap doa yang dikirimkan berbalik kepada semua.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 545K tontonan, 69.7K tanda suka dengan 714 perkongsian dan 815 komen daripada netizen.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Hijabi Pertama Berjaya Mencabar Thailand Dan Singapura Di Awal perlumbaan!
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.