Macam Drama Sweet Dreams, Tunku Azizah Kata Tak Perlu Pegang Tangan Bila Shawl Tersangkut Di Baju Agong

Share

Pada Isnin yang lalu iaitu tanggal 9.9.2019 telah berlangsungnya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bersempena dengan hari itu, Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan juga telah diadakan dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. 

Pada masa yang sama, telah terjadinya satu insiden yang lucu apabila selendang Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah tersangkut pada baju Yang di-Pertuan Agong sewaktu sedang berjalan.

Menariknya, Tunku Azizah sendiri telah tweet mengenai insiden itu dengan caption yang melucukan dan sekaligus tweet itu menjadi tumpuan ramai sehingga ribuan kali diulang kicau.

Tak Perlu Pegang Tangan, Selendang Pulak Swinging!

Ramai yang terhibur dengan caption yang dibuat oleh Tunku Azizah. Rasa mcm berbunga je apabila membacanya!

Pimpin tangan cara wireless!

Macam drama sweet dreams pun ada jugak ni!

IKLAN