Kecantikan

Lupakan Bau Busuk, Jangan Tak Tahu, Makan Petai Boleh Buat Si Pemakannya Awet Muda Dan Slim

Share

Ramai menganggap petai sebagai makanan yang paling busuk tanpa mengetahui manfaat sebenar petai kepada kesihatan dan juga kecantikan. Makanan ini sering dielakkan kerana ia mempunyai kesan sampingan pada nafas berbau dan air kencing.

Walaupun begitu, petai masih merupakan salah satu makanan kegemaran ramai. Pernah tertanya-tanya mengapa petai menyebabkan bau yang busuk? Sebenarnya petai mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa.

Berikut ENAM khasiat makan petai.

1.AWET MUDA
Orang asli percaya bahawa makan petai membuatkan seseorang wanita itu tampak lebih muda. Tak perlulah beli ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit selain  memastikan kesegaran tubuh.

2. MENGHILANGKAN SEMBELIT
Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit ini kerana petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar. Serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan selain mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut, dan perut berangin.

3.BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN
Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pihak Institut Psikologi di Austria, didapati bahawa tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu kita dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

4.MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Daripada sudut kesihatan pula, kandungan kalium dalam petai  baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. US Food and Drug Administration telah menyenaraikan petai sebagai sumber makanan yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

5.MENGAWAL SINDROM PMS (SINDROM PRA-HAID)
Waktu pms inilah ramai wanita moody. Apa kata anda makan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah. Ia membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

6. MENCEGAH KEMURUNGAN/STRESS
Petai mengandungI tryptophan, sebatian protein yang dikonversi menjadi serotonin. Mendapatkan serotonin dapat meredakan seseorang, meningkatkan mood, dan menjadikan seseorang lebih bahagia untuk mengelakkan kemurungan.

Selepas ini kita boleh jadikan petai sebagai salah satu hidangan di atas meja makan. Petai bukan sahaja sebagai pembuka selera tetapi juga baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.

IKLAN