Luah Rasa Syukur, Dr. Amalina Bakri Umum Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Telah Berjaya Dilaksanakan

Share

Kisah Ainul Mardhiah, bayi berusia sembilan yang menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor meruntun hati seluruh masyarakat Malaysia. Semua mahu melihatnya sembuh dan tidak mahu melihatnya menanggung sengsara lagi.

Baru sahaja menjalani pembedahan di London, United Kingdom, Dr. Amalina menerusi instagramnya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga apabila pembedahan bagi membuang ketumbuhannya itu telah berjaya dilaksanakan.

Seluruh pakar berganding bahu bersama-sama di bilik pembedahan.

Alhamdulillah, Ainul awak seorang bayi yang kuat! Selepas lebih kurang 5 jam dalam bilik bedah, tumor seberat 200g telah berjaya dibuang. Anda tak boleh bayangkan betapa risaunya sewaktu dalam bilik pembedahan itu. Sememangnya awak seorang bayi yang sangat indah dan cantik. “Jangan risau sayang, semua orang di sini mahu membantumu”. Kerana pembedahan ini risikonya tinggi, banyak persiapan perlu disediakan bagi memastikan Ainul selamat.

Banyak perancangan, mesyuarat dan juga kesabaran. Pasukan tersebut merangkumi ramai pakar dalam pelbagai bidang seperti craniofacial, plastik dan juga kepala dan leher yang diketuai oleh Prof David Dunway dan Mr Juling Ong. Betapa bertuahnya saya berada dalam pasukan ini. Ainul kini berada dalam keadaan stabil. Bila saya lihat sahaja wajah ibu bapanya selepas tamat pembedahan, emosi saya tidak tertahan. Sungguh bercampur baur. Ia sememangnya perjalanan penuh emosi dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ainul, Wani dan Safi sudah seperti keluarga saya sendiri. Marilah doakan untuk kesembuhan Ainul. Terima kasih untuk segala doanya. (Gambar ini dimuat naik dengan kebenaran ibu bapa Ainul sendiri.)

kredit: instagram @dramalinabakri

IKLAN