Kecantikan

Lipstik Melekat Pada Gigi Sangat Memalukan! Atasinya Dengan 5 Tip Mudah Ini!

Share

Bayangkan apabila anda sedang ketawa atau tersenyum, orang lain memandang anda dengan pandangan yang sini kerana lipstik melekat di gigi anda. Memalukan, bukan? 

Sumber gambar: Good Housekeeping

Untuk mengelakkan anda dari mengalami kejadian yang memalukan ini sekali lagi, team Hijabista kongsikan trik yang boleh anda cuba untuk elak gincu dari terkena pada permukaan gigi supaya anda boleh berkomunikasi dan senyum dengan lebih confident!

Tisu

Sumber gambar: Jullian

Tipulah kalau anda katakan tisu penting untuk diletakkan dalam tas tangan anda! Bukan hanya digunakan saat kecemasan seperti ingin mengelap air yang tumpah pada baju tetapi ia juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan lipstik pada gigi!

Meskipun ia trik yang agak klise, tapi ternyata ia berkesan. Letakkan sehelai tisu di antara permukaan bibir atas dan bawah. Kemam perlahan-lahan dan fokus pada bahagian dalam bibir. Ia akan menghilangkan lebihan kesan gincu dan ini mengelakkan rona gincu terkena pada permukaan gigi.

Jari telunjuk

Sumber gambar: Amir

Pelik tapi benar! Jari telunjuk boleh menghilangkan kesan lipstik pada gigi anda! Letakkan jari telunjuk anda ke dalam mulut dan tarik keluar perlahan-lahan, dan pada masa yang sama kemam bibir anda. Anda akan terkejut berapa banyak gincu yang melekat pada bahagian dalam bibir. 

Guna berus bibir

Sumber gambar: Stylecraze

Ini merupakan langkah bijak yang anda boleh lakukan sekiranya anda risau lipstik anda kelihatan comot! Apabila menggunakan berus bibir, ini bermakna anda boleh mengawal berapa banyak penggunaan gincu yang anda oleskan pada bibir. Dengan cara ini, permukaan dalam bibir tidak akan penuh dengan lebihan gincu.

Guna straw

Sumber gambar: Marie Claire

Percaya atau tidak, sewaktu kita minum ia boleh menyebabkan rona gincu jatuh pada gigi. Elakkan masalah gincu melekat pada gigi dengan menggunakan straw kala menikmati minuman.

Baca juga: Masalah Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, Lakukan 10 Penjagaan Rapi Bibir Hanya Di Rumah Sahaja!

Jangan gigit bibir

Sumber gambar: Shiny Diamond

Menggigit bibir hanya akan menyebabkan rona gincu comot dan melekat pada gigi. Jadi, hentikan tabiat menggigit bibir serta-merta walaupun anda fikir ia seksi.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

IKLAN