Lepas Seminggu Kelahiran, Ibu Kanak-Kanak Kacukan Tercantik Dunia Dhuhaa Sophea Dedah Wajah Adiknya. COMEL!

Share

Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.

Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.

Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.

Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.

Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.

Jadi apakah selepas ini baby Amiraa pula yang akan menarik perhatian netizen berikutan wajah comelnya.

Sementara itu, netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua kepada pasangan ini.

ciknunhusna Alhamdulilah. Tahniah mommy n family  

mie_adzmi Tahniah mendapat cahaya mata kedua, moga menjadi anak yang baik dan solehin …tahniah 

nama_siti Alhamdulillah. Tahniah kak. Doakn saya n suami moga dkrniakn rezeki utk mndpat zuriat/dpat merasai moment mcm ni jgak. Aminn

Netizen juga turut membuat perbandingan wajah Amiraa dan kakaknya Sophea yang dikatakan ada iras ketika kedua-duanya masih baby.

n0turnif Macam muka sophea masa kecik laaaaaa

fatina_nadhrah Alhamdulillah cantik namanya☺Sama sangat muka dgn sophea kak

atiehudd Comelnya..mcm kakak dia jgk

junealthafunnisa Masya allah.. Secomel kak sophea..assalamualaikum baby amiraa

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan nama yang diberikan buat si kecil ini.

salju_123 Tahniah. Cantik namanya secantik wajahnya.

juneshahrin MashaAllah.. sedap n bagus namanya mommy… Comelnya… Semoga menjadi anak yg solehah ye

izah_syazwani Amin….cantik nama nanti besar cantik mcm kakak sophea dia 

fame_mohamad Alhamdulillah… So Comel n nama nya pun sedap 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI SAFURAA
IKLAN