Lepas Kemalangan, Niqabis Muda Ini Redha Apabila Ibu Mentua Serta Ibunya Pergi Menghadap Illahi

Share

Hilangnya orang yang kita sayang memang memeritkan apatah lagi jika insan tersebut adalah ibu kita sendiri. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Farah Fakhira iaitu seorang pengasas produk terkenal yang baru sahaja berusia 21 tahun di laman sosialnya, apabila ibu kandung serta ibu mentuanya meninggal dunia.

Difahamkan, Farah sekeluarga telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan ibu mentuanya terkorban dalam kejadian tersebut. Namun begitu, ternyata Farah sekeluarga tak merungut dan tetap tabah mengharungi dugaan itu.

Tidak lama selepas itu, ibu kandungnya pula meninggal dunia. Sebak membaca tulisannya apabila dia termimpi-mimpikan arwah ibunya.

Surat dari Mama…

Walaupun masih kecil, adiknya ternyata redha dan menerima ketentuan Tuhan ini dengan sebaiknya.

Jelas Farah, kita jangan pernah buruk sangka pada Tuhan…

Ternyata kuat sungguh insan yang bernama Farah Fakhira ini serta ahli keluarganya apabila berhadapan dengan ujian sebegini. Tiada siapa yang mampu menduga perasaan sebenar yang dirasakan olehnya. Hijabista doakan agar urusan Farah sekeluarga dipermudahkan dan semoga roh ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

sumber: instagram @farahfakhira_

 

IKLAN