Kecantikan

Lepas 7 Bulan Lelaki Ini Berjaya Pulihkan Wajah Dari Breakout. Guna Ubat Hospital & Bajet Serendah RM5 Je!

Share

Tidak dinafikan baik lelaki atau perempuan tidak terlepas daripada mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat hingga boleh menyebabkan breakout.

Jika tidak dipulihkan, masalah ini akan berlarutan hingga menyebaabkan empunya diri hilang rasa keyakinan untuk berhadapan orang rami.

Namun terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyembuh dan memulihkan wajah menggunakan produk bersesuaian.

Kongsi pengalaman lelaki ini yang menulis thread di akaun twitter menggunakan nama @wmawadullah memberitahu caranya pulih dari breakout setelah hampir 7 bulan mengalami masalah kulit wajah.

Mengalami masalah breakout selama hampir 9 bulan.

Sebelum itu sudah cuba pelbagai jenis produk penjagaan wajah.

Setelah banyak berhabis duit, cuba pula pergi klinik swasta. Daripada situ doktor beritahu lebih baik rujuk ke hospital kerajaan.

Pergi mana-mana kilinik kesihatan kerajaan tanya masalah kulit, kemudian mintak buatkan surat untuk temujanji di hospital kerajaan.

Pergi hospital kerajaan yang ada dermatologist untuk atur temujanji.

Pastikan ada surat dari klinik kesihatan kalau tidak, tak akan dilayan.

Dapat ubat telan ini dari hospital kerajaan, makan sekali sehari selepas makan.

Ini pula untuk cleanser, pakai dua kali sehari pagi dan malam.

Lepas cuci wajah, sapu ubat ini di atas jerawat degil.

Dan sebelum tidur pastikan pakai produk ini.

Masih lagi consume sampai sekarang.

Tapi kena ingat untuk yang breakout teruk terus jumpa pakar derma, tak perlu bazirkan duit cuba macam-macam produk skincare.

Ini panduan untuk yang mereka alami breakout teruk. Dan pastikan ada pemantauan dari dermatologist bimbang ada efek lain.

IKLAN