Lepas 6 Tahun BERHIJRAH, Diana Amir Akui MALU Lihat Zaman Khilafnya Di Kaca TV. Mohon LAKONAN Lama Tak Disiarkan!

Share

Sejak mengambil keputusan untuk berhijab  sekitar tahun 2011, pelakon Diana Amir memang cukup istiqomah dengan penghijrahannya. Dia yang mendapat mimpi mengenai kiamat hingga menyebabkan dirinya telah berhijrah dari zaman sebelumnya itu. Walaupun sudah berhijrah, namun aktiviti dalam dunia seni tetap diteruskan. Cuma buat masa ini ibu kepada dua cahaya mata ini lebih selesa membuat bidang pengacaraan yang cukup sebati pada dirinya.

Namun bagi Diana mengakui malu untuk melihat dirinya pada zaman dahulu. Justeru dia berharap agar stesen televisyen mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem lama lakonannya ketika zaman belum bertudung.

Walaupun tahu tidak mempunyai hak, tetapi menurutnya jika ia boleh dielakkan Diana amat berterima kasih dan menghargai tindakan tersebut.

Menurutnya dia malu untuk meligat semula dirinya pada zaman yang memang cuba untuk dilupakan. Malah ada juga peminat baharunya terkejut melihat penampilan Diana pada lakonan di kaca televisyen. Tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa.

Tambahnya jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia sebolehnya akan memadam atau cuba memberi  penjelasan sebaiknya.

Sebaik berhijrah pelakon yang mempunyai follower 1.1M di laman instagram ini turut menyampaikan dakwah kepada peminatnya dengan cara tersendiri.

Diana yang juga merupakan Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 jika dilihat sering memberi ingatan atau nasihat yang berguna kepada peminatnya. Menyedari kekhilafannya yang dulu, dia menebus dengan cara yang dirasakan terbaik untuk dirinya.

Malah, penampilan Diana juga sejak berhijrah  sedap mata memandang. Dia cukup selesa menggayakan hijab labuh dan pakaian longgar yang menepati ciri-ciri wanita Muslimah. Ada kalanya tampil stailo tetapi masih lagi menjaga batas aurat yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Diana Amir Yang Ramai Tak Tahu

Sebelum ini Diana yang berlakon bebebapa filem bersama syarikat Metrowealth dan kebanyakan filem memaparkan aksi Diana sebelum berhijrah.

SUMBER: KOSMO

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA AMIR

IKLAN