Layan Ibu Yang Sakit Bak Ratu, Netizen Cair Dan Puji Syafie Naswip Calon Menantu Pilihan

Share

Lelaki penyayang semestinya menjadi pilihan calon suami hampir keseluruhan wanita di dunia ini. Kata orang, carilah lelaki yang layan ibunya seperti ratu kerana kelak dia juga akan melayan isterinya sebegitu.

Baru-baru, pelakon Syafie Naswip telah membuat kejutan dengan membawa belon buat ibunya yang berada di hospital. Bertuah ibunya dapat anak sebegini!

Rata-rata peminat memuji tindakannya yang sangat manis itu dan mendoakan agar ibunya cepat sembuh.

Semoga ibu Syafie cepat sembuh dan diharap semua daripada kita dapat menghargai dengan sebaik mungkin ibu kita. Sememangnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu bukan?

IKLAN