Kecantikan

Kudapan Sihat, Sekeping Cracker Cuma 0.2 Carbs, Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah

Share

Buat mereka yang sedang berdiet tapi mulut tak boleh berhenti hendak mengunyah, tentunya situasi ini agak ‘menyiksakan.’ Bila makan macam-macam tentulah hasrat untuk menurunkan berat badan gagal mencapai sasaran seperti yang diinginkan.

Nah, berikut dikongsikan cara membuat kraker yang boleh dijadikan kudapan yang sihat.

Sempat lagi buat kudap-kudap. Sekeping cracker ni cuma 0.2 carbs.

Payah orang suka makan ni kan. Hahaha😂

Suka makan, kena la rajin masak. Hehehe.
Nak resepi? Tengok bawah ok. Simple je. ⤵️

BAHAN-BAHAN:

2 cups almond flour
1/2 tsp pink salt (boleh kurangkan)
1 big egg

Mix almond flour dengan pink salt. Dalam bekas lain, pukul telur dulu. Lepas tu campur dalam almond flour tadi.

 

 

 

 

 

 

Saya guna food processor, guna senduk je pun boleh.

Bulatkan, letak atas parchment paper, tutup lagi 1 lapis atas dia, baru gelek bagi nipis. Lagi nipis lagi rangup ok.

Potong dengan pisau, cucuk dengan garfu. Kena careful sikit ye.

 

 

 

Bakar suhu 170°c dalam 15 minit atau ikut oven masing-masing sampai golden brown.

Bau dia sedap sangatttttt. Phewww. 😋

Selamat mencuba. Be Strong, Be Fit, Be Healthy

Sumber kredit: Sharinaz Redwan

IKLAN