Kecantikan

Khasiat Minyak Bunga Matahari Untuk Wajah, Boleh Hilangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat

Share

Tahukah anda bahawa minyak bunga matahari sangat baik untuk kesihatan kulit? Minyak bunga matahari boleh membantu menyihatkan kulit jika digunakan secara rutin. Ia mengandungi kandungan vitamin E yang melembapkan kulit, menghalang keradangan, melindungi kulit daripada bakteria dan banyak lagi.

Kandungan antioksidan ini melambatkan penuaan kulit dan membantu elastisiti kulit daripada degradasi.

MANFAAT MINYAK BUNGA MATAHARI

Berfungsi Sebagai Emolien Yang Berkesan
Minyak bunga matahari merupakan emolien yang berkesan, yang akan membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, ia juga boleh meringankan, menenangkan dan membantu menyembuhkan iritasi dan keradangan kulit.

Mencegah Jangkitan Kulit
Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya asid lemak yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Oleh kerana itu boleh membuat kulit anda kulit menjadi sihat dan cerah.

Menghilangkan Jerawat
Jerawat terhasil akibat lebihan minyak dan sebum, yang tertutup di dalam folikel, di bawah kulit dan dijangkiti oleh bakteria. Vitamin A, C, D, dan E, dan asid lemak yang terdapat dalam minyak bunga matahari akan memberikan lapisan pelindung, yang mencegah bakteria dengan kulit.

Perlindungan Kulit Dari Sinar Matahari
Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E. Kandungan vitamin ini akan mencegah kerosakan sel-sel sensitif kulit akibat sinar UV. Beta karotena yang juga terdapat dalam minyak bunga matahari akan membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit, termasuk kesan kulit terbakar dan kanser kulit.

Mencegah Penuaan
Vitamin E yang tinggi dalam minyak bunga matahari juga bertindak sebagai anti penuaan. Penggunaan rutin minyak bunga matahari dapat mengurangkan kedutan dan membuat kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan yang tinggi dalam minyak ini juga akan menjaga kulit supaya tetap segar.

MANFAAT TAMBAHAN

*Membantu mengurangkan tompok gelap dan bekas jerawat.
*Mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata.
*Membantu melembutkan kulit kasar dan kering.
*Boleh digunakan untuk menghapuskan bekas solekan.
*Membantu mata yang penat atau letih supaya lebih segar dan tenang.

Sumber kredit: www.healthline.com

IKLAN