Kecantikan

Kerana Mahu Pakai Kasut But Idaman, Gadis Ini Berjaya Kecilkan Peha & Turunkan 10kg Dalam Sebulan

Share

Setiap orang ada misi dan motivasinya yang tersendiri untuk kelihatan cantik dan rasa yakin dengan diri sendiri. Walau apapun yang anda sedang usahakan sekarang, jangan pernah berhenti kerana anda sedang hampir dengan garisan penamat!

Seperti Anne Asyikin, dia berjaya mencapai matlamatnya apabila berjaya menurunkan sebanyak 10kg dalam tempoh waktu sebulan setengah dan sedang berusaha untuk menurunkan beberapa kilogram lagi. Tidak lokek berkongsi kaedahnya, Anne telah mendedahkan diet plannya bersama semua di Twitter.

Tak makan nasi selama sebulan dan melebihkan pengambilan sayur-sayuran.

Motivasinya adalah selalu membayangkan dirinya dapat memakai kasut but idaman. Oleh itu, dia gigih berusaha mengecilkan saiz pahanya.

Banyak aplikasi dimuat turun dalam telefonnya agar mudah dirinya mencapai matlamat!

Pasang lagu macam ni pasti lebih semangat sis!

Jangan pernah mengalah tau. Mana boleh berserah!

Kredit : twitter @AnneAsyikin

IKLAN