Berita

Kekal Menawan, Lincah Pada Usia 40an. Gaya 3 ‘Trio’ Berhijab Linda, Azza & Abby Tuai Pujian

Share

Kemunculan kumpulan penyanyi wanita yang popular sekitar era 90an, Elite pada Konsert GenKRU baru-baru ini kembali mencetuskan fenomena dan menggamit nostalgia.

Aura ‘legend’ masih berbisa biarpun masing-masing sudah berstatus isteri dan ibu serta memiliki kehidupan peribadi yang tersendiri.

Kumpulan di bawah naungan syarikat rakaman, KRU Records ini dianggotai oleh Abby Abadi, Linda Rafar, Azza, Sasha Saidin dan Watie Sadali.

Kredit Foto: lindarafar

Antara lagu-lagu popular nyanyian kumpulan Elite yang menjadi fenomena dan masih menjadi siulan ramai sampai ke hari ini ialah Tamparan Wanita, Di Pintu Syurga dan Trauma.

BACA JUGA: Tak Ambil Nasi & Cut Sugar ABBY ABADI Kian Langsing, Awet Muda Pada Usia 47 Tahun

Raih Tumpuan

Selain persembahan yang bertenaga, penampilan setiap anggota kumpulan Elite turut meraih perhatian penonton.

Biarpun masing-masing telah pun mencecah usia 40an serta berstatus isteri dan ibu, mereka masih kelihatan energetic dan ranggi.

Linda Rafar, Abby Abadi dan Azza merupakan tiga ahli kumpulan yang telah bertudung.

Penampilan mereka yang kemas, ranggi dan glamor tuai pujian ramai.

Biarpun perlu beraksi dengan gaya tarian yang menjadi trademark mereka menerusi lagu rancak, Tamparan Wanita namun aksi Linda, Abby dan Azza tidak keterlaluan.

Memilih outfit kasual dengan rona metallic silver menyerlahkan aura superstar kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 dan diiktiraf sebagai kumpulan penyanyi wanita paling lama bertahan di Malaysia.

Imbau Nostalgia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat serta pengikut menzahirkan rasa teruja, terharu dan sebak sepanjang menyaksikan persembahan mereka sekaligus mencetus nostalgia tersendiri.

“Sopan jer, masih menutup aurat & sentiasa cantik.”

“Love sangat lahhh… Teringat zaman remaja.”

“Anggota Elite bertukar ganti tapi yang lama jugak yang best..”

“Finally dapat jugak tengok my girl crush depan depan!!”

“Paling cantik-Abby. Awet muda/vampire-Linda. Spicy hot- Shasha. Energetic – Watie. Elite spicy – Azza”

“Rindu Elite alhamdulilah uols pon kena buat konaert juga nie.”

Untuk info, Konsert GenKRU pertama kali diadakan pada 3, 4, dan 10 Mei 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Konsert ini merupakan acara berskala besar pertama GenKRU sejak Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada 2018.

 

 

 

 

Related Post
Published by
Amy Mohd