Kejutan Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020, Dua Peserta Tersingkir

Share

Kejutan baharu sahaja tercipta di Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 apabila dua orang peserta iaitu Mellya dan Fiffy Afrina  tersingkir selepas tugasan pertama.

Fiffy Afrina membawakan isu ‘anti-vaksin.’

Pada pusingan tersebut, keempat-empat peserta diminta melakukan Public Service Announcement (PSA) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tajuk yang diberi.

Mellya dengan tajuk ‘body shamming.’

Fiffy membawakan isu ‘anti-vaksin’, Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser’, Mellya dengan tajuk ‘body shamming’ manakala Tina pula mengetengahkan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak’.

Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser.’

Dengan penyingkiran dua orang peserta ini, maka tinggallah dua orang peserta sahaja yang akan berjuang bagi merebut gelaran Ratu Hijabista iaitu Tina dan Qila.

Tina membawakan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak.’

Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada malam ini? Sama-samalah kita saksikannya hingga ke akhir rancangan nanti.

 

IKLAN