Kecantikan

Kayuh Basikal Sejauh 30 KM, Ini Rupanya Rahsia DS Siti Nurhaliza Nak Kekal Berstamina, Aktif, Kurus & Cantik

Share

Melihat pergerakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang cukup aktif ligat ke sana ke mari dengan pelbagai aktiviti. Walaupun sibuk bergelar ibu pada si kecil Siti Aafiyah, namun beliau masih mampu memenuhi undangan pertunjukan fesyen, majlis perkahwinan dan juga melakukan pelbagai urusan kerja.

Dalam masa sama, beliau juga giat berlatih untuk konsert yang bakal diadakan di tiga buah negara. Melalui satu klip video dimuat turun, Siti mengakui untuk menjayakaan konsert ini dia perlu kembali pada asal (sebelum mendapat zuriat), perlu stamina mencukupi dan paling struggle untuk nampak cantik perlu kurus.

Dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan konsert ini berjaya dan setiap duit yang dikeluarkan untuk menonton konsertnya itu nanti berbaloi.

Apa agaknya rahsia beliau yang kekal aktif dan sihat walaupun usia sudah memasuki awal 40 tahun. Jika dilihat dalam laman instagramnya, selain melakukan senaman sendiri di rumah, Siti juga rajin membuat aktiviti berbasikal untuk mengekalkan stamina.

Bukang calang-calang kilometer kayuhan berbasikal berkenaan, tetapi 30 kilometer yang diambil untuk menghabiskan kayuhannya.

Siti bukan melakukannya seorang diri tetapi turut ditemani suami tercinta Datuk Khalid Jiwa dan kumpulan yang sama-sama melakukan aktviti berbasikal bersama.

Bukan dalam masa terdekat sahaja Siti melakukan aktiviti berbasikal, tetapi sebelum ini juga turut melakukan aktiviti yang sama. Beliau juga turut dipuji cantik walaupun sedang ligat berbasikal.

Mungkin inilah rahsianya Siti kelihatan kekal cergas dan aktif walaupun melakukan pelbagai lagi aktiviti lain.

Netizen juga turut menyokong aktiviti menyihatkan yang dilakukan oleh penyanyi kesayangan ramai ini.

bynurzamnahrazak Caiyokkkk laaaa heybatttt

mie_o_zill Kayuh untuk sihat kak hehe.. Terbaikk

byjulieali Tengah Cycling pun nampak cantik Tokti

medina_sofieyabeauty Makiti makin hari makin cantik.. Awet muda gitu.. Chomeiii jerr.. Suke tgk

kasiharora Wahh still muda tok ti mcm budak2

helmi_zafri Mana dtgnya stamina tu tokti.. 30km fuhh.. Patutnya vokal mantap giler.. I adore u dato’..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

IKLAN