Bukan ‘main’ asyik lagi jari jemari memicit jerawat yang tumbuh meliar pada kulit wajah. Satu demi satu dipicit tanpa rasa ‘bersalah.’ Hakikatnya perbuatan memicit jerawat hanya akan membuatkan jerawat semakin teruk.

Ya! Tidak dapat dinafikan masalah jerawat hanya akan membuatkan seseorang itu berasa kurang selesa. Apabila berpeluh, kulit wajah yang ditumbuhi jerawat akan terasa gatal-gatal.

Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

Tabiat memicit jerawat ini boleh dikatakan hampir semua mereka yang pernah mengalami masalah jerawat melakukannya. Akibatnya kulit wajah akan semakin teruk dengan kesan parut yang hitam dan gelap.

Berikut perkongsian Dr Zubaidi mengapa kita perlu elak memicit jerawat.

IKLAN

JANGAN PICIT JERAWAT
Kita pernah remaja dan setiap remaja mempunyai masalah jerawat, sama ada sedikit atau banyak. Masalah jerawat bukan sahaja boleh dihadapi oleh golongan remaja tetapi juga golongan dewasa.

Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

Jangan dipicit jerawat itu. Mengapa? Dalam buku perubatan, jerawat dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia berkait rapat dengan fasa akil baligh apabila seorang kanak-kanak memasuki fasa remaja.

Pada masa ini perubahan fizikal dari segi seksual sedang berlaku akibat perubahan hormon di dalam badan seseorang remaja tersebut. Jerawat berlaku akibat perubahan hormon ini, dan menyebabkan lebih banyak minyak dikeluarkan oleh kelenjar minyak pada kulit, terutama pada kulit muka.

IKLAN

Jika kulit wajah tidak dicuci bersih, akan berlaku sumbatan sebum pada liang roma kulit. Rongga yang tersumbat menyebabkan jangkitan kuman berlaku, dan akhirnya mengakibatkan pembentukan jerawat.

IKLAN

Walaupun jerawat biasa berlaku pada kulit muka, ia boleh berlaku pada bahagian kulit yg lain seperti bahagian dada dan bahagian belakang tubuh.

HIJABISTA: Memang rimas bila ada jerawat pada kulit wajah dan kulit tubuh. Rasa geram sahaja hendak picit. Ketahuilah bahawa pada kuku dan jari kita ada kuman yang mungkin kita tidak nampak dengan mata kasar. Akibatnya jerawat yang dipicit akan menjadi bertambah teruk. 

Sumber kredit: Dr Zubaidi Top image: Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI