Kecantikan

Kalau Nak Pilih Sunscreen, Kenalah Ikut Cara Ini Supaya Tak Tersalah Beli

Share

Saban hari, semakin banyak jenama tempatan yang bersaing dalam mempromosikan produk kecantikan. Namun begitu, kita sebagai seorang pengguna haruslah berhati-hati dalam membuat pilihan dan bukannya terus membeli dengan alasan menyokong produk tempatan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@lipstickfiqs) telah berkongsi satu perkara penting yang wajar diberi perhatian sebelum membeli sebarang ‘sunscreen’ atau krim pelindung matahari.

Macam ni rupanya cara nak pilih…

Menurutnya, sunscreen yang palsu adalah sunscreen yang ditulis ‘++’ sebelum nombor SPF contohnya ‘SPF++50’ . Manakala sunscreen yang sebenar akan ditulis ‘++’ selepas nombor SPF contohnya ‘SPF50 PA++’ ataupun ‘SPF50+ PA++’ .

Photo by Shiny Diamond from Pexels

 

Harap-harap info ini dapat membantu anda dalam memilih produk yang berkualiti dan selamat digunakan. Macam yang kita tahu, sinaran matahari boleh menyumbang kepada kanser kulit! Jadi pemilihan sunscreen amatlah penting. Hati-hati ya semua.

IKLAN