Jerawat Dekat Badan Tanda Anda Pengotor? Betul Ke? Ini 6 Cara Hilangkan Jerawat Badan!

Share

Selain di muka, jerawat juga boleh tumbuh di kawasan tubuh badan kita. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang ingin mencari petua atau jalan untuk menghilangkan jerawat pada badan. Betul ke ia ada punca anda tidak menjaga kebersihan atau hanya sekadar hormon yang berlebihan?

Pasti anda tertanya mengapa jerawat boleh muncul di badan sedangkan kalau di muka mungkin disebabkan produk yang kita pakai. Buat mereka yang belum tahu, jerawat di badan tumbuh akibat banyak faktor. Antaranya adalah daripada genetik, alahan, pakaian, ubatan serta penjagaan kulit.

Artikel Berkaitan: Risau Jerawat Cacatkan Wajah, 4 Makanan Ini Selalu Dielak Untuk Di Makan

Selalunya jerawat boleh tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika anda biarkan sahaja ia akan menyebabkan kemunculan tompok hitam, parut dan keloid. Jerawat di badan juga muncul disebabkan jumlah minyak atau sebum yang berlebihan. Ini disebabkan folikel rambut di tubuh badan anda tersumbat dan membuatkan bakteria untuk hadir lalu membentuk jerawat. Jangan risau ada cara untuk anda menghilangkan jerawat menggunakan bahan di dapur sahaja!

Cara menghilangkan jerawat bada secara semulajadi di rumah

Tidak dinafikan jerawat di badan sukar untuk nampak akan tetapi pasti anda akan merasakan tidak selesa atau tidak yakin pada diri sendiri. Semestinya anda perlu mendapatkan rawatan serta merta jika mempunyai masalah jerawat. Akan tetapi, tidak salah untuk anda menggunakan cara tradisional. Jadi ini cara untuk anda menghilang jerawat di badan:

1. Timun

Timun sangat terkenal dengan kegunaannya sebagai ‘masker’ untuk lingkaran bawah mata, rupanya sayuran ini sangat bagus diletakkan pada badan dalam usaha untuk menghilangkan jerawat. Oleh kerana kandungan timun mempunyai magnesium, potasium, vitamin A,C dan K yang sangat bagus buat kulit anda. Malah dapat merawat masalah jerawat. Isu kulit yang kering juga mampu diselesaikan dengan cepat.

2. Penggunaan gel lidah buaya

Aloe vera sangat terkenal digunakan untuk kulit serta rambut sejak daripada dahulu lagi kerana sifatnya yang antiradang dan antioksidan. Ia dapat membantu untuk meredakan keradangan kulit anda akibat jerawat. Anda hanya perlu menyapukan gel tersebut di jerawat badan.

3. Menyapu minyak kelapa.

Minyak kelapa juga sangat popular untuk kulit dan rambut, minyak daripada pokok ini mempunya sifat antiradang serta antimikroba yang boleh melawan bakteria punca jerawat. Selain itu, penyapuan di kulit yang mempunyai jerawat mampu menyingkirkan bakteria serta mengecilkan folikel rambut terbuka.

4. Kunyit

Rempah kunyit mempunyai kebaikannya sendiri seperti sebatian khas kurkumin. Kurkumin mempunyai sifat antiradang dan antimikroba yang boleh bantu merawat isu jerawat. Campurkan serbuk kunyit dengan sedikit air sehingga menjadi sapuan.

5. Bawang

Anda boleh menggunakan bawang untuk menghilangkan jerawat tubuh badan. Bawang putih sangat bagus untuk mengurangkan panau. Ia mempunyai sebatian sulfu thiacremonon, di mana boleh cegah merawat jerawat dan keradangan. Anda hanya perlu kisar menjadi cair dan disapu pada kulit yang mempunyai masalah jerawat pada tubuh.

6. Amalkan air buah lemon

Buah sitrus sangat terkenal dengan sifat antiradang dan antibakteria di mana boleh membantu mengurangkan jerawat. Jadi ia sangat sesuai untuk disapukan pada kulit anda. Anda perlu ingat juga, air lemon ini berasid dan boleh menghakis kulit anda. Jadi, jangan terlampau ambil melampau takut nanti radang menjadi teruk.

Artikel Berkaitan: Nak Kawal Jerawat Tumbuh Dekat Muka, Kena Tahu Makanan Yang Perlu Dihadkan & Digalakkan Makan

Sebagai konklusi, mudah kan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kos pun sangat rendah. Ada banyak cara yang membuatkan menghilangkan secara semula jadi. Akan tetapi anda boleh juga dapatkan rawatan kulit dengan doktor pakar. Selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN