Jawab Soalan Dan Jadi Yang Terawal Menonton Tayangan Perdana TICKET TO PARADISE Bersama Hijabista!

Share

Santai menonton wayang lagi bersama kami di Hijabista dengan filem romantik komedi, Ticket To Paradise.

Kedua pelakon terkenal Hollywood, GEORGE CLOONEY dan JULIA ROBERTS, berganding di dalam filem ini sebagai David dan Georgia yang sudah berpisah kini dalam misi untuk menyelamatkan anak perempuan mereka yang sedang kemaruk cinta yang berada di Bali, Indonesia.

David dan Georgia tidak mahu anak perempuan mereka, Lily (KAITLYN DEVER), dari membuat kesilapan yang pernah mereka lakukan terdahulu. Lily yang sudah berada di Bali, percaya dia sudah hampir memiliki apa yang dia mahukan dalam kehidupannya–iaitu cinta.

Kedua-duanya tidak bersetuju dan cuba untuk melakukan sesuatu untuk menghancurkan majlis perkahwinan anaknya itu. Mereka pun telah bersependapat untuk mencuri cincin perkahwinan anaknya demi menghalang majlis itu dari berlangsung!

Tak boleh bayangkan kalau ibu bapa kita yang buat macam itu kan? Tergelak sis bila tengok trailer cerita ini. Diarahkan oleh Ol Parker yang juga merupakan pengarah filem Mamma Mia! Here We Go Again. Sertai kami di Hijabista untuk menjadi yang terawal melihat filem ini dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah di ruangan di bawah!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton dan gelak ketawa bersama kami!

IKLAN