”Jangan Risaukan Hari Esok, Tuhan Sentiasa Ada Untukmu”-Ardell Aryana Luah Perasaan Di Instastory

Share

Pelakon cantik Ardell Aryana kini dikhabarkan sedang menghidap kanser peringkat ketiga. Desas-desus itu timbul selepas rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik gambar bersama Ardell beserta kapsyen untuk Ardell supaya tabah dan tidak mengalah apabila melakukan ‘terapi’ nanti.

Bagaimanapun, menerusi Instastory-nya, Nadzmi berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan kerana ianya boleh menjejaskan emosi teman baiknya itu.

Ardell juga turut meluahkan perasaannya melalui Instastory di akaun Instagramnya walaupun masih berahsia hingga kini mengenai keadaan kesihatannya yang sebenar.

“Kau lebih kuat daripada apa yang disangkakan. Setiap pertarungan, luka dan parut yang kau lalui itulah telah menjadikan diri kau hari ini. Jadi laluilah segalanya dengan tenang dan yakin. Tuhan takkan membebanimu dengan sesuatu yang kau tak mampu hadapi.”

“Bagaimana kau boleh hilang harapan sedangkan Tuhan yang merencanakan hidup kau? Dia yang memudahkan segala masalah, menghilangkan kesakitan yang kau hadapi dan menyembuhkan kau kembali. Asalkan kau percaya kepada Dia dan segalanya pasti akan selesai.”

‘‘Tiada apa dalam hidupmu ini satu kebetulan. Semuanya telah dirancang dengan indah oleh Tuhan. Setiap kegagalan, pintu yang tertutup, semua kejayaan dan setiap kekecewaan telah menjadikan diri kau yang hari ini. Terima kasih Ya Allah!”

“Semalam kau dalam lindungan Allah. Hari ini Dia menjagamu. Jangan risau mengenai hari esok, Allah sentiasa ada untukmu.”

“Perkara yang tidak adil mungkin terjadi kepada kau dan kau merasakan kesakitan yang sangat pedih. Tetapi ingat, Tuhan sedang menjadikan kau seorang yang lebih kuat.

Jika kau mahu tahu kekuatan jiwa kau, lihatlah betapa sabarnya kau sekarang, macam mana bersedianya kau menerima takdirNya. Jangan jatuh bila kau sedang lemah!

Risaukan mengenai masa hadapan tidak akan merubah takdirmu. Teruskan hidup. Percaya sepenuh hati pada Yang Maha Kuasa kerana Dia mahukan yang terbaik untukmu. Kalau turut ketidak adilan yang jadi pada diri kita memang sedih tetapi apa yang tertulis itu adalah yang terbaik.”

Sementara itu, netizen juga tidak putus-putus memberi sokongan buat Ardell di ruang komen Instagramnya.

SubhanaAllah. Kuatnya Ardell ini. Walaupun kita tidak tahu keadaan sebenarnya, namun Hijabista sentiasa mendoakan yang terbaik buat gadis comel ini. Sesungguhnya setiap dari kita menghadapi pertarungan yang berbeza dalam hidup ini.

Sememangnya semangat Ardell menjadi contoh buat insan-insan lain. Kami doakan semoga Ardell terus tabah dalam hidupnya dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan, InsyaAllah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL

IKLAN