AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT. Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Photo by SHAHBAZ AKRAM from Pexels
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Ads
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..”
Ads
Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. Moga kita terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hujung tahun ini pasti ramai yang menghabiskan masa pergi bercuti untuk berehat ataupun menunaikan umrah bersama keluarga. Pelakon terkenal tanah air, Beto Kusyairy juga tidak melepaskan peluang ini untuk berangkat ke Tanah Suci.
Beto atau nama penuhnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, telah memuat naik hantaran di laman Instagramnya ketika mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isteri, Tisha Sahar.
“Bismillah Allahuakbar. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu” tulisnya ringkas.
Pelakon filem Istanbul Aku Datang yang berangkat Isnin lalu bagi mengerjakan ibadah umrah itu turut memohon doa daripada orang ramai agar semua urusannya dipermudahkan di sana.
“Ampun maaf bagi segala salah silap saya selama di sini. Mohon doakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatan-Nya. Ada umur kita jumpa lagi,” tulisnya di IG Story.
Dalam pada itu, kelihatan beberapa rakan selebriti turut berada di lapangan terbang menemani serta ‘mengambil berkat menghantar sahabat’ sebelum keberangkatan pelakon itu ke Tanah Suci. Antaranya adalah Azhan Rani, Fikhree Bakar, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Setibanya di Tanah Suci, pelakon ini turut memuat naik satu lagi foto bersama isterinya di hadapan Kaabah. Difahamkan, aktor terkenal yang juga rakan gandingannya dalam filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra telah menjadi ‘perantara’ serta turut berangkat menunaikan ibadah umrah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik, rakan artis dan para peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan mendoakan buat pelakon itu. Mereka juga berharap agar pelakon tersebut beserta isterinya mendapat umrah yang mabrur.
“Semoga dipermudahkan segala urusan umrah bang beto dan wife sepanjang berada disana 🤲”
Seringkali ramai wanita tertanya-tanya sama ada bolehkah membaca ayat-ayat dalam Al-Quran ketika dalam keadaan haid. Mungkin sudah kebiasaan ada di antara kita mengamalkan bacaan potongan daripada ayat-ayat dalam Al-Quran sebagai amalan harian.
WANITA HAID MEMBACA AL-QURAN DAN MENGULANG HAFAZAN: BOLEH ATAU TIDAK BAGAIMANA PULA JIKA SAYA MENYENTUH AL-QURAN.
“Ustazah, saya sudah terbiasa membaca surah al-Fatihah sebelum tidur. Adakah boleh jika saya membaca surah tersebut ketika saya dalam keadaan haid? Bagaimana pula jika saya hanya memegang al-Quran tanpa membacanya ketika menyemak bacaan anak saya?”
Photo by RODNAE Productions from Pexels
JAWAPAN:
WANITA HAID MEMBACA AL-QURAN
Bagi menjawab persoalan pertama, ulama telah membahaskan kepada dua pendapat seperti berikut:
1. PENDAPAT PERTAMA: HARAM
Ini merupakan pendapat jumhur ulama berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Quran.” (HR al-Tirmizi)
Justeru, para ulama melarang wanita membaca al-Quran walaupun sedikit mahupun mengulang hafazannya tanpa sebarang keperluan ketika dalam keadaan haid dan berjunub kerana ingin memelihara kesucian ayat al-Quran.
2. PENDAPAT KEDUA: HARUS
Ini merupakan pendapat ulama Malikiyyah dan tokoh ulama silam seperti al-Bukhari, Ibnu Jarir al-Tabari, Ibnu al-Munzir, al-Zahiriyyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi dan pendapat Imam al-Syafie dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur.
Hal ini berdasarkan kepada hujah Imam Malik terhadap hadis Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Daripada Nabi Muhammad SAW, beliau telah berkata kepada Saidatina Aisyah r.a. tatkala Aisyah didatangi haid ketika haji wada’: “Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang melakukan haji selain daripada melakukan tawaf sehinggalah kamu bersuci.” (HR al-Bukhari)
Maka, di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa tidak dilarang bagi wanita haid untuk mengerjakan haji kecuali tawaf. Sekiranya membaca al-Quran dihukumkan sebagai haram, maka sudah pastilah ianya jelas dinyatakan, sedangkan jemaah haji banyak meluangkan masanya dengan membaca al-Quran.
Golongan yang berpegang kepada pendapat ini membenarkan wanita haid atau nifas membaca al-Quran mahupun mengulang hafazan dengan beberapa syarat, iaitu:
1) MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QURAN
Harus hukumnya bagi seorang guru mahupun pelajar menyebut ayat al-quran walaupun dalam keadaan haid atau nifas.
Photo by RODNAE Productions from Pexels
2) MENGULANG HAFAZAN DI DALAM HATI
Dibolehkan untuk mengulang hafazan namun di dalam hati sahaja. Walau bagaimanapun, tidak boleh menambah ayat baru bagi tujuan hafazan.
Al-Nawawi menyatakan, ia hanya boleh dibaca dalam hati sahaja tanpa menggerakkan lidah.
Ibnu Munzir, al-Syaukani dan al-San’ani pula berpandangan, jika wanita yang menghafaz al-Quran dan ingin mengulangi hafalan, maka ia diharuskan untuk membaca al-Quran bagi tujuan tersebut.
3) MERUPAKAN AMALAN HARIAN
Harus membaca ayat al-Quran yang berbentuk zikir harian dan menjadi amalan sebagai bacaan doa seperti yang terkandung dalam al-Ma’thurat dengan niat zikir pendinding dan membaca tiga Qul.
Antara contoh bacaan doa dari al-Quran:
a. Doa Nabi Nuh a.s.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah: 128-129)
Seterusnya, terdapat hadis Nabi Muhammad SAW:
عَنْ عَبْدِ الله بن عُمَر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَمَسُّ الْقُرْآنَ إِلَّا طَاهِرٌ
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: Tidak boleh menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.” (HR al-Daruqutni)
Photo by RODNAE Productions from Pexels
2. HARUS
Walau bagaimanapun, jumhur ulama menyatakan adalah dibolehkan bagi wanita haid menyentuh, membawa dan mengulangkaji sekiranya ia merupakan tafsir al-Quran kerana terdapat makna-maknanya. Ia bukanlah bermaksud hanya ayat al-Quran semata-mata.
Hal ini disebutkan di dalam kitab Syarh Mukhtasar Khalil oleh al-Kharasyi al-Maliki:
يَجُوزُ لِلْمُحْدِثِ مَسُّ التَّفْسِيرِ
Maksudnya: “Dibolehkan bagi mereka yang berhadas untuk menyentuh tafsir.” Walau bagaimanapun, menurut mazhab Syafie, haram menyentuh dan membawa tafsir bagi wanita haid sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirnya. Sepertimana yang disebutkan oleh al-Nawawi r.a. di dalam kitabnya al-Majmu’:
Maksudnya: “Sekiranya tafsir itu lebih banyak daripada kebiasaannya, maka padanya ada beberapa pendapat dan yang paling sahih adalah tidak diharamkan (untuk menyentuh dan membawanya) kerana ia bukanlah mushaf.”
RUMUSAN:
1. Wanita haid dibolehkan membaca al-Quran dan mengulang hafazannya berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah dijelaskan.
2. Hanyalah dibenarkan menyentuh dan memegang tafsir al-Quran bagi wanita haid namun mestilah tafsirnya melebihi kandungan ayat al-Quran.
3. Sekiranya kandungan ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirnya maka perbuatan ini tidak dibenarkan menurut mazhab Syafie.
Wallahua’lam.
Rujukan:
1) Manhaj Fiqh al-Syafi’i oleh Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.
2) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
https://muftiwp.gov.my/…/irsy…/irsyad-fatwa-umum/2057-18
https://muftiwp.gov.my/…/861-irsyad-al-fatwa-ke-194…
3) Akhbar Kosmo oleh Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham
https://www.ukm.my/…/311_HUKUM_WANITA_HAID_MEMBACA_AL…
4) Jawapan Kemusykilan Agama
http://kemusykilan.islam.gov.my/index_jawapan.php…
Pernah atau tidak sewaktu anda solat tiba-tiba terasa macam darah haid keluar? Ramai pasti tidak tahu tentang hukum sama ada anda perlu ganti solat atau tidak. Sebagai perempuan anda mesti merasakan sesuatu apabila darah haid terkeluar. Jadi, adakah anda perlu qada solat?
Sumber Pesona Pengantin
Di dalam islam, solat merupakan perkara wajib di dalam Islam. Solat juga merupakan sebahagian dari rukun Islam. Akan tetapi, wanita di beri kelonggaran apabila haid atau menstruasi anda dilarang untuk solat. Akan tetapi, apabila haid terkeluar sewaktu solat, perlukah wanita tersebut qada solat?
Qada solat merupakan hukum syarak di mana setiap kali solat fardhu yang anda tertinggal wajib untuk digantikan. Tidak kira, jika anda tidak solat atas sebab terlupa, tertidur mahupun saat anda datang haid. Buat para wanita, haid itu tidak menentu waktunya, ada yang pagi, petang, siang dan malam. Jadi saat anda haid, solat apa yang perlu anda qada.
Artinya: Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sedangkan perintah untuk meninggalkan solat saat mengeluarkan darah haid adalah hadis riwayat Aisyah, salah satu isteri Rasulullah:
حدثنا أحمد بن يونس عن زهير قال حدثنا هشام عن عروة عن عائشة قالت : قال النبي صلى الله عليه و سلم ( إذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة وإذا أدبرت فاغسلي عنك الدم وصلي )
Bermaksud: Menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus dari Zuhair, ia berkata, menceritakan kepada kami Hisyam bin Urwah dari Aisyah berkata, Rasulullah Saw bersabda: Jika kamu mendapati haid maka tinggalkanlah solat. Dan apabila telah selesai (berhenti mengalirnya haid) maka bersihkanlah darah itu (mandi) dan solatlah. (HR. Bukhari)
Menurut bincangsyariah, jika seseorang wanita keluar darah haid ketika dia sedang bersolat dan darah haid terkeluar maka setelah dia habis kitaran haid tersebut, wanita itu perlu qada solat yang tertinggal. Dengan syarat, seseorang itu sempat melakukan solat pada waktu itu dan sebelum terkeluarnya darah.
Contoh lain pula, sekiranya wanita tersebut haid pada sekitar 3:00 petang dan waktu Zohor jatuh pada jam 1:15 petang maka diwajibkan untuk wanita tersebut qada solat. Ini kerana, dia mempunyai masa untuk melakukan solat tersebut sewaktu masa lapang setelah azan Zohor berkumandang.
Ianya dilakukan selepas sahaja wanita tersebut suci daripada haid atau nifasnya. Apabila wanita tersebut haid pada waktu bersamaan waktu azan Zohor, maka tidak wajib untuknya qada solat kerana dalam masa yang sempit. Jadi, janganlah
Akhir kata, jika seseorang wanita itu sedang melakukan solat lalu darah haid keluar di pertengahan solatnya, maka solat wanita itu akan menjadi tidak sah dan wajib untuk dia menggantikannya saat darah haidnya berhenti. Jadi, pastikan anda tidak sesuka hati untuk melambat-lambatkan solat mahupun meninggalkan secara sengaja.
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada...