Instafamous mualaf terkenal dari Korea, Ayana Moon melahirkan rasa syukurnya apabila kini dia mempunyai teman untuk menyambut Ramadhan apabila adiknya, Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei tahun lepas.
Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, Ayana turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa. Luah Ayana, hubungan dia adiknya juga turut bertambah akrab setelah adiknya memeluk Islam.
“Setelah adik saya masuk Islam, dia memang menjadi sahabat saya. Sebelum ini, kami hanya berbicara tentang pelajaran dan isu sosial tapi kini kami boleh berbicara tentang agama kami dan masa depan kami dalam Islam.
Ads
Saya sangat seronok kerana saya punya teman yg baik dan pintar. Sejujurnya, hubungan kami lebih baik dari sebelumnya apabila memiliki agama yang sama. Alhamdulillah.”
Ayana,25, sebelum ini pernah tular di media sosial apabila kisah penghijrahannya mendapat perhatian ramai. Dia telah memeluk Islam pada tahun 2012 sebelum adiknya pula mengikut jejaknya apabila melafazkan dua kalimah syahadah di di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan tahun lepas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat dhuha ialah solat sunat yang dilakukan dalam waktu dhuha iaitu bermula dari terbitnya matahari hingga sebelum matahari berada di tengah-tengah. Untuk lebih mudah, waktu solat duha adalah kira-kira antara pukul 7.30 pagi – 11 pagi waktu tempatan. Walaupun ada beberapa pendapat berkaitan dengan waktunya, mudah bagi kita untuk mengambil waktu yang lazim iaitu sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Semestinya solat sunat dhuha ini mempunyai fhadilatnya tersendiri kepada setiap manusia yang mengerjakannya. Apatah lagi jika dilakukan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.
Disebutkan banyak kelebihan dan keutamaannya dalam beberapa hadis, antaranya dalam satu hadis yang panjang iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu untuk setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang dadanya. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran adalah sedekah dan sebagai dari ganti itu semua cukuplah dengan mengerjakan dua rakaat dhuha.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sharifah Zarina, penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh juga turut mengamalkan solat dhuha. Dalam Instagramnya, dia turut berkongsi doa solat dhuha.
Luangkanlah masa seharian sekitar beberapa minit sahaja bagi mengerjakan solat ini agar kita memperoleh keberkatannya bersama. Yakinilah bahawa setiap amalan yang baik itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah di akhirat kelak nanti.
Tular kisah menyentuh hati di media sosial apabila pertemuan antara kedua anak dan ibu setelah sekian lama terpisah. Selama 20 tahun, kini Allah SWT pertemukan mereka berkat hasil pencarian oleh rakan.
Nurshahirah Sofea yang di jaga oleh bapa angkatnya sejak bayi telah mendapat perhatian orang ramai mengenai kisahnya. Kini dia dapat bersatu semula bersama ibunya setelah sekian lama.
Kisah seorang gadis yang bernama Nurshahirah Sofea telah tular sejak bulan Februari lalu. Dia yang di besarkan oleh bapa angkatnya sejak kecil akui tidak pernah mengenali ibu kandungnya dan hanya menumpang kasih oleh bapa angkatnya, Yakub Hassan, 76 tahun.
Menerusi temubual bersama mStar, Nushahirah Sofea atau mesra di kenali sebagai Sofea atau Sof, 20, mempunyai satu permintaan yang terhasrat di hati–iaitu ingin berjumpa dengan ibu kandungnya sendiri. Meski pun begitu, dia hanya memberitahu kepada dua orang kawan rapatnya dan masih belum bersedia untuk bersua bersama ibu kandungnya.
“Mula-mula ada maklumkan pada dua orang kawan rapat yang saya teringin nak cari mak kandung.
“Saya tak nak jumpa depan-depan sebab masih belum bersedia tapi nak tengok muka dia.
“Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ini saya tak pernah berhubung dengan dia,” katanya sewaktu di temubual.
Namun begitu, kisah luahan hati Sofea atau Sof itu tidak dapat di sangkal di ambil serius oleh kedua rakan rapatnya itu, Hana dan Irsyad, apabila mereka sudah pun mengatur langkah untuk membantu Sof mencari ibu kandungnya itu. Mereka sudah pun mengambil langkah pencarian selama beberapa bulan untuk menjejaki ibu kandung rakannya itu, berkat Allah SWT, mereka berjaya temui ibu rakannya itu yang dapat di kenalpasti menetap di Johor Bahru, Johor.
“Masa kawan beritahu dia nak tolong cari, dia minta nama penuh saya. Saya pun tak fikir panjang terus saja berikan.
“Lama kawan saya diam saja tak ada khabar berita baik atau apa-apa pun. Lebih kurang sebulan lepas itu, dia cakap ‘Nama penuh mak kau sekian-sekian kan?’,
“Saya sangat terkejut apabila dia boleh tahu nama penuh mak. Jadi kawan saya yang seorang lagi itu mula mencari nama mak saya di Facebook dan akhirnya jumpa akaun mak.
“Mereka yakin itu mak saya sebab muka lebih kurang sama, jadi mereka cuba hubungi melalui messenger di laman Facebook,” katanya lagi.
Kedua rakannya yang membantu Sof untuk mengenalpasti adakah pemilik akaun Facebook yang mereka temui itu adalah sebetulnya milik mak kandungnya. Apabila melihat gambar profil Facebook wanita tersebut, ada terdapat maklumat yang sama dan tepat sepertimana yang di ketahui oleh Sof melalui bapa angkatnya.
Setelah betul sangkaan kedua rakannya itu, mereka mula untuk berhubung dengan wanita tersebut melalui messenger di Facebook. Percubaan mereka untuk menghubungi ibu kandung Sofea kini berjaya apabila pemilik akaun itu sudah memberikan respon melalui messenger kepada salah seorang rakannya itu.
“Pada mulanya saya sendiri tak yakin bahawa itu ibu kandung saya. Kawan Sof yang perempuan cuba untuk chat tapi tidak dapat apa-apa respon, apabila kawan yang lelaki itu mesej barulah dia balas.
“Apabila kawan Sof tanya pernah tak ada anak nama Nurshahira Sofea…dia mengaku ada. Ibu saya terus tanya soalan macam-macam dekat kawan lelaki saya itu. Apabila dah lama borak bersama ibu, dia ada ajak saya berjumpa.
“Akhirnya pada 30 Ogos yang lalu, kami berjumpa di sebuah kafe di Johor Bahru, tapi sekarang ini mak saya sudah mula bekerja di Kuala Lumpur.
“Sewaktu temuinya itu dia ceritakan segalanya. Kenapa dia mengambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi daripada itu saya tahu punca mak buat keputusan seperti itu, cuma saya tak boleh ceritakan kisah ini pada umum,” jelas Sof.
Sewaktu pertemuan Sof dan ibu kandungnya itu, ibunya ada mengajak Sof untuk tinggal bersama tetapi Sof enggan membuat sedemikian dan menolak permintaan ibunya oleh kerana dia lebih selesa hidup bersendirian. Kata Sof lagi, dia sudah terbiasa berdikari sejak menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus bekerja di pusat membeli belah, Mid Valley Southkey di Johor Bahru sehingga ke hari ini.
Sebagai pengetahuan semua, Sof tulah muatnaik satu video perkongsian dari kisah cerita dan juga pertemuannya bersama ibu kandungnya itu di laman media sosial miliknya. Sof yang berjumpa ibu kandungnya selepas 20 tahun itu telah membuatkan ramai yang tersentuh apabila melihat pautan video tersebut.
Pemilik nama penuh, Nur Hawa Zainal Abidin atau nama pentasnya Wawa Zainal merupakan antara pelakon dan usahawanita yang berjaya melakar nama di persada seni mahupun arena perniagaan di Malaysia.
Malah, sejak meyulam cinta bersama suami tercinta, aktor Aeril Zafrel dari 11 tahun yang lalu, rezeki bagi pasangan selebriti dua sejoli ini dilihat semakin melimpah ruah dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang menyerikan lagi mahligai cinta yang terbina.
Menurut Wawa, dia amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar seperti Aeril. Sehinggakan Wawa sendiri terinspirasi dengan sikap Aeril yang sentiasa bertolak ansur jika berlaku perselisihan faham.
Wawa dan Aeril juga dilihat semakin bahagia, meskipun di awal perkahwinan mereka terpaksa menempuh pelbagai ujian yang getir, pasangan ini membuktikan bahawa mereka mampu menanganinya bersama.
“Walau banyak dugaan, pengalaman mengajar kami erti hidup. Sekarang adalah fasa sedekad untuk perkahwinan kami.
“Fokus utama kami, membina empayar perniagaan. Sekarang umur saya 32 tahun manakala Aeril 35 tahun.
“Sementara masih ada kudrat untuk cari rezeki, kami akan terus kembangkan perniagaan. Ini juga demi kesenangan anak-anak kerana niat kami berniaga untuk jangka masa panjang.”
Menurut Wawa, kalau dulu mereka kerap ‘mencuri masa’ anak-anak degan kesibukan kerja dalam perniagaan. Namun kini Allah SWT mengembalikan masa yang ‘hilang’ itu.
“Apabila ada masa yang fleksibel kami dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak. Sebelum ini kami terlalu sibuk dan tiada masa untuk anak-anak.
“Sehinggakan saya rasa sangat berdosa apabila sering ‘mencuri masa’ anak-anak dengan kerja-kerja kami. Waktu balik kerja mereka sudah tidur, kalau ada masa pun sekejap sahaja.
“Sekarang ini kami bersyukur kerana dapat bersama anak-anak pada bila-bila masa terutama pada hujung minggu. Saya lebih suka duduk di rumah sambil layan anak-anak.”
Kongsi Wawa, cara didikannya dan Aeril sedikit berbeza. Dia agak tegas dengan anak-anak manakala Aeril seorang yang tegas dalam kelembutan serta tidak pernah berkasar atau marah dengan anak-anak.
“Seperti mana yang dikongsikan oleh Aeril di laman sosial itulah realitinya, bukan dibuat-buat.”
Secara tidak langsung sikap Aaeril itu telah memberi contoh dan inspirasi kepada Wawa dalam mendidik anak-anak.
“Apa yang saya belajar adalah bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang penyabar dalam melayan karenah anak-anak.
“Dengan masa yang fleksibel kini dapatlah saya meluangkan masa dengan anak-anak termasuklah menyelami jiwa dan perasaan kecil mereka.
“Harapan kami semoga anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang dan selagi termampu kami akan sentiasa memberikan yang terbaik buat mereka, Insha-Allah.
“Untuk anak-anak, selain meninggalkan legasi perniagaan kami juga sudah membuat extra care dengan menyediakan pelan insuran masing-masing termasuk simpanan masa depan,” kongsi Wawa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.