Instafamous Adira Salahudi Selamat Bernikah, Kongsi Kisah Lucu Saat Mula Kenal Suami Di Twitter

Share

Baru- baru ini, instafamous iaitu Adira Salahudi telah bergelar seorang isteri kepada suaminya yang tercinta iaitu Ammar Azizan. Kelihatan sungguh cantik di hari bahagianya, Adira yang juga seorang ahli perniagaan sempat berkongsi kisah cinta sewaktu mula-mula berkenalan dengan suami.

Bertemakan warna pink lembut bagi majlis resepsi, Adira yang berasal dari Terengganu telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya dengan hanya sekali lafaz.

Cantiknya Adira! Kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantikkan?

Berkongsi kisah mereka berkenalan, rupa-rupanya Adira memaklumkan bahawa mereka mula berkenalan di laman sosial Twitter. Namun, pada ketika itu Adira agak keberatan untuk memberikan nombor telefonnya. Jual mahallah katakan… Hahaha!

Walaupun sukar untuk mendapatkan nombor Adira, nampaknya Ammar tidak mengalah untuk memenangi hati gadis idamannya itu.

Comel sekali kisah mereka berdua ini. Moga pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin! Kalau sis nak tahu lagi sambungan kisah mereka, bolehlah ikuti Adira di laman instagramnya, @adirasalahudi.

IKLAN