Inilah Baru Beauty With Brain, Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship. Tahniah!

Share

Siapa tidak mengenali Dr Amalina Bakri. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya bergelar doktor dalam usia muda dan memberi inspiradi buat hijabi di luar sana, tetapi juga sebagai salah seorang personaliti media sosial yang cukup aktif berkongsi ilmu, nasihat dan pandangan. Baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship Imperial College, London.

Kejayaan itu dikongsi oleh beliau di laman sosial menerusi akuan twitter @dramalinabakri.

Dalam perkongsiannya itu juga, Dr Amalina menyatakan rasa syukur atas anugerah berkenaan, malah berjanji akan meneruskan kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.

Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.

Kejayaan itu juga mendorong Dr Nur Amalina membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di laman sosial twitter bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketika ini.

Katanya, dunia sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.

“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.

“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.

“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” katanya di laman sosial twitter baru-baru ini.

Keputusan itu juga dibuat kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada Darzi Academic Clinical Fellowship dan tidak menolak bahawa ia turut di dorong oleh rasa terkilan dengan sesetengah pengguna Facebook yang suka memutar belit isu perubatan yang disampaikan di laman sosial twitter.

Ternyata perkongsian menggembirakan ini menerima reaksi positif dari followernya. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. Tahniah juga dari Hijabista.

SUMBER: Berita Harian

IKLAN