Setiap wanita semestinya mempunyai ‘dream wedding’ yang tersendiri walaupun belum mempunyai calon di hati. Ditambah pula dengan sentuhan glamor di majlis perkahwinan sesetengah selebriti tempatan, ia semestinya memberikan inspirasi buat gadis-gadis yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Namun begitu, daripada dekorasi pelamin sehinggalah corak inai di jari haruslah diberi tumpuan agar tidak terlalu sarat sehingga seri pengantin pun tenggelam.
Ads
Ikuti tips majlis perkahwinan buat para hijabista di bawah yang dikongsi oleh @pizzascarf menerusi laman Twitter.
Ads
Buat semua hijabista yang bakal melangsungkan perkahwinan, tahniah diucapkan dan semoga berkekalan. Harap-harap tips yang dikongsi ini dapat membantu menyerlahkan seri pengantin anda!
Solekan menjadikan wajah seseorang hijabi tampak lebih berseri. Bagi hijabi yang gemar bereksperimen dengan gaya hijab, tentunya anda gemar bersolek agar penggayaan hijab jadi lebih menyerlah .
Namun sebagai hijabi, anda tentunya tidak dapat lari daripada masalah kotoran yang terlekat pada fabrik hijab yang dipakai. Jika tidak terkena solekan pada wajah selalunya kesan bedak asas, mungkin juga shawl terkena percikan makanan yang dimakan. Tentu sukar untuk menghilangkannya bukan?
Berikut perkongsian Lyss Ali dan Tyma Sadini. Moga ia menjadi solusi bagi mengatasi masalah yang menjadi satu kebiasaan di kalangan para hijabi.
Saya ingin kongsikan tip untuk mencuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka dan solekan. Tidak dapat dinafikan wanita memang suka bersolek namun apabila cuaca panas, mekap pada wajah mula pecah minyak. Kesannya minyak krim bedak asas pun melekat pada shawl. Ya! Memang sangat susah untuk menghilangkan sisa kotoran ini.
Kita bukan sahaja ingin membuang kotoran yang melekat pada shawl itu semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu memastikan fabrik shawl tidak terjejas sama ada turun warna, warna berbelak-belak dan sebagainya. Sebagai hijabi tentunya masalah ini merupakan perkara biasa. Dan mungkin juga hijabi-hijabi sedang tercari-cari ‘penawar’ untuk mengatasi masalah yang satu ini.
CARA 1
Ambil bedak baby dan taburkan pada area yang terkena minyak dan biarkan minyak diserap selepas itu basuh seperti biasa.
CARA 2
Ambil sabun mandi dan gosok dekat kawasan berminyak gunakan berus gigi yang dah tak pakai dan basuh macam biasa.
Jangan gosok terlalu kuat boleh rosak fabrik tudung nanti dan nak tudung wangi pakai sabun berbau bunga/floral.
CARA 3
Beli cecair Vanish untuk fabrik berwarna dan rendam tudung semalaman dan basuh macam biasa.
TIP MEMELIHARA FABRIK HIJAB:
1.Perhatikan jenis fabrik hijab. Jika menggunakan material yang lembut, elok guna cara cucian tangan sahaja bagi mengelakkan fabrik hijab rosak.
2. Gunakan cecair pencuci yang bersifat lembut. Hal ini kerana detergen yang terlalu kuat boleh merosakkan fabrik hijab.
3. Jika mahu mencuci hijab menggunakan mesin basuh, masukkan hijab di dalam karung khas. Ia bagi memelihara fabrik hijab daripada tercarik.
4. Jangan sesekali menggunakan berus. Hal ini kerana berus akan merosakkan permukaan fabrik hijab.
5. Ketika menjemur hijab, pastikan hijab tidak dikepit dengan penyepit baju yang berbahan besi sebaliknya pilih penyepit baju berbahan plastik.
6. Ketika menggosok hijab, pastikan suhu seterika sesuai dengan jenis fabrik hijab. Anda tetu tidak mahu bukan hijab kesayangan anda berlubang.
BERIKUT DIKONGSIKAN JUGA VIDEO CARA MENGHILANGKAN KOTORAN SISA MEKAP YANG TERLEKAT PADA SHAWL PERKONGSIAN DARI TYMA SADINI:
Perlukah cerewet ketika memilih tudung atau hanya ikut trend terkini? Sebenarnya apabila kita salah pilih warna tudung atau fesyen tudung yang sesuai, seri wajah kita seakan ‘terselindung.’ Tentu anda tidak mahu jadi begitu bukan?
Maka sebab itulah ketika memilih tudung, ambil sedikit masa untuk memilih yang sesuai. Perlu diketahui bahawa tidak semua warna tudung sesuai dengan semua orang. Dan tidak semua orang sesuai dengan gaya fesyen tudung yang orang lain nampak elok apabila digayakan.
TIP PILIHAN TUDUNG AGAR TAMPIL MENAWAN
Tudung dan hijabi memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang penting, anda harus bijak dalam memilih tudung dan cara menggayakannya, barulah penampilan anda nampak menyerlah.
Berikut adalah lima tip pemilihan tudung yang perlu anda ambil kira ketika memilih tudung:
1. Pilih yang sesuai dengan bentuk muka
Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda supaya, ia kelihatan cantik dan terletak.
2. Kain yang senang dibentuk
Pakai tudung yang senang untuk dibentuk. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda.
3. Elak warna kusam
Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.
4. Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama
Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon.
5. Pilih tanpa corak
Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.
HIJABISTA: Kala memilih tudung dan gaya fesyen lilitan tudung yang ingin digayakan, jangan lupa jaga soal aurat. Bahagian dada adalah aurat jadi labuhkan tudung menutupi dada.
Nampaknya minggu ini pati ramai yang mendapat undangan rumah terbuka. Apa kata untuk kelaina kita cuba gaya hijab lain daripada yang lain. Tetapi buat hijabi yang sukakan gaya hijab yang simple tapi masih mahu nampak stailo, anda boleh cuba gaya ini. Tidak memerlukan masa yang lama, kurang dari 5 minit sahaja, terus siap. Percayalah penampilan anda nanti akan mendapat pujian rakan lain.
Selain sesuai untuk digayakan ketika majlis yang formal, anda juga boleh cuba gaya hijab ini pada hari kasual untuk tampak lebih bergaya.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.