Moga perkongsian ini membantu hijabi mahupun sesiapa sahaja di luar sana yang tengah buntu mahu beli kereta ataupun tidak. Jangan terjerat dalam bebanan hutang pulak ye sis!
Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.
Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.
Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.
Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.
Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.
Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday macam Abang Long dan Kak Mah.
Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
Nampaknya masih ramai netizen yang belum ’move on’ dengan majlis pernikahan pasangan paling popuar, Fattah Amin dan Fazura. Walaupun sudah beberapa hari mereka bergelar suami isteri dengan tersebarnya video pernikahan itu membuatkan ramai antara follower kedua-duanya tersenyum kegembiraan. Ketiga-tiga video yang dimuat turun dalam akaun laman sosial masing-masing mencapai lebih sejuta tontonan. Betapa ramai yang masih belum ‘move on’ dan begitu asyik menyaksikan momen bahagia mereka bergelar suami isteri.
Tidak kisahlah dikatakan seperti ‘mempermainkan’ media kerana majlis ini tidak dapat dihidu, namun hakikatnya mereka sudahpun selamat diijab kabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Isnin valu.
Dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga dan dibuat secara tertutup itu menyaksikan abang Fazura menjadi wali itu dia turut menerima wang mas kahwin RM250.
Walaupun tiada maklumat lain mengenai majlis itu, namun Fazura dan Fattah masing-masing menerima ribuan ucapan tahniah dari netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Follower mereka juga seperti mahu menangis apabila mendapat tahu hati Fazura sudah dimiliki. Betapa selama ini mereka sentiasa menanti siapakah bakal menjadi Imam buat Fazura. Ternyata Fattah Amin yang menjadi pasangannya dalam ‘Hero Seorang Cinderella’ menjadi insan bertuah untuk membimbing Fazura menjadi seorang isteri solehah.
@zurasyafira Sama cantik sama padan… Semoga kekal bahagia hingga ke jannah… Aamiin..
@sharifah_safona Congrats kak fazura n fattah…so sweet..semoga bahagia till jannah..aminn
@alfa_alwie Congrats…happy til Jannah both of u
@sofya.piya Omgg… U guyss really sweet..untill jannah ammin
Admin sendiri sudah beberapa kali melihat video dan beberapa foto pernikahan mereka dan memang sangat asyik. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka berdua dan Fazura kelihatannya sangat cantik dan santun sekali menggayakan JUBAH moden rona putih dental sedikit perincian manik dan lengkap berhijab.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Kita doakan agar pasangan yang sama cantik sama padan ini Sudan bersedia mental dan fizikal until melayari fasa baru kehidupan sebagai suami isteri. Moga akan dikurniakan zuriat sebagai tanda kasih cinta antara mereka berdua.
Perasaan ditinggalkan oleh orang yang tersayang memang menyakitkan. Namun, pasti ada hikmah tersembunyi dalam setiap perkara yang berlaku itu. Relakanlah perpisahan itu kerana walaupun tidak bersama tapi percayalah ia membuatkan diri anda menjadi lebih baik.
Seperti kisah di twitter oleh @shewasokay, dia telah berkongsikan kisahnya yang terpaksa berpisah dengan bekas kekasih kerana dikatakan tidak pandai menjaga diri dan melawa.
Walaupun telah berpisah, gadis ini tetap positif dan terus move on, tidak pandang ke belakang lagi. Semoga dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik buat dirinya suatu hari nanti.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.