Individu Lahir Bulan Julai Disifatkan Pendiam & Sensitif, Jadi Ini 10 Tip Bergurau Supaya Ada Yang Tak Sentap!

Share

Diam tak diam kita sudah pun masuk dalam bulan Julai. Bagaimana pula agaknya sikap bagi individu yang lahir pada bulan Julai ini. Adakah mereka terlalu sensitif atau bagaimana?

Menurut hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.

Jadi ini perwatakan bagi mereka yang lahir pada bulan Julai. Mereka ini dikatakan bersifat agak pendiam, berjiwa sentimental, mudah terluka tetapi rajin dalam membuat kerja.

 

JULAI
# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

Oleh kerana mereka ini dikatakan bersikap sensitif, dinasihatkan agar berhati-hati jia bergurau senda supaya tidak terasa hati dan terguris dengan gurauan anda.

jadi Hijabista paparkan 10 tip yang boleh anda ikut ketika mahu bergurau senda agar tiada yang berkecil hati.

  1. Jauhi daripada menipu ketika bergurau.
  2. Tiada penghinaan mahupun fitnah dalam gurauan.
  3. Jangan berlebihan dalam bergurau, hanya secukup rasa sahaja. Jika berlebihan, dikhuatiri ada yang terasa dan berkecil hati.
  4. Letakkan mesej yang baik ketika bergurau.
  5. Jangan bergurau yang menakutkan seperti menggunakan senjata yang berbahaya.
  6. Selitkan gurauan dalam berdakwah agar lebih santai dan menarik untuk didengari para pendengar.
  7. Tidak memasukkan unsur-unsur lucah.
  8. Tidak bermain dengan perkara agama seperti menghina atau memperlekehkan kedudukan agama yang suci.
  9. Jangan mengaibkan ketika bergurau. Contohnya, ambi gambar kandid kawan yang sedang tidur. Hukumnya berdosa.
  10. Elakkan daripada membuat orang lain terasa hati.

SUMBER: SINAR.MY

IKLAN