Ikut Suami Ke UK, Ahli Farmasi Popular Siti Awe Tukar Kerjaya Kepada ‘Domestic Engineering’

Share

Ramai yang terhibur apabila melihat video yang dilakukan oleh influencer dan juga ahli farmasi terkenal iaitu Siti Awe. Bukan sembang kosong, Siti Awe sentiasa menyampaikan sesuatu yang bernas dan bermanfaat dalam penulisan dan juga video yang dibuatnya.

Berkongsi suatu berita yang mengejutkan di laman sosialnya, rupa-rupanya Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor kini berada di United Kingdom dan bakal menetap dalam tempoh setahun di sana bagi menemani suaminya iaitu Faiz menyambung pengajian di sana.

Selain itu, dia juga telah bergurau dengan memaklumkan pada semua yang kerjaya akan bertukar buat sementara waktu iaitu daripada seorang ahli farmasi kepada domestic engineering
(suri rumah sepenuh masa).

Hello guys, i’ll be away for a year. Faiz is pursuing his Master in Structural Engineering while im mastering the art of Domestic Engineering. Please pray for the both of us❤️

Ramai pengikutnya di Instagram dan juga Twitter yang terhibur dengan kapsyen ini dan berkongsi pengalaman yang sama dengannya.

Lucu betul sis ni!

Seronoknya dapat peluang ke UK! Semoga urusan Siti Awe dan suami dipermudahkan di sana dan terus setia memuat naik video-video yang best buat para peminatnya yang sentiasa suka dengar celoteh-celoteh daripadanya.

IKLAN