Hukum Tag ‘Member’ Di Media Sosial, Ini Jawapan Padu PU Azman Yang Boleh Gerunkan ‘Keyboard Warrior’

Share

Pelbagai cara dilakukan oleh golongan selebriti atau personaliti dakwah masa kini untuk  menyampaikan ilmu mereka kepada orang ramai. Dalam zaman digital ini, semuanya boleh disebarkan hanya melalui alam maya. Begitu juga cara PU Azman menyampaikan dakwahnya di media sosial. Beliau menggunakan pendekatan video bagi menjelaskan sebarang hukum atau kekeliruan yang timbul. Baru-baru ini PU Azman juga turut muat turun video berhubung hukum ‘tag’ kawan-kawan di media sosial. Adakah hukumnya jadi haram atau sebaliknya.

Dalam persoalan ini, PU Azman menjelaskan, ia bergantung pada niat seseorang itu. Menurutnya boleh mention

atau tag untuk tujuan yang berfaedah atau tidak mengaibkan atau untuk memaklumkan sesuatu info tentang perkongsian page ilmu.

Haram juga hukumnya jika kita tag atau mention nama seseorang itu untuk memalukannya. Misalnya jika kita tag memberitahu perbuatannya yang memalukan dalam ruangan komen. Dan ini secara tidak langsung akan mengaibkan dirinya di media sosial.

Justeru belia menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap perbuatan itu kerana boleh jadi haram dan ia bergantung pada niat. Beliau juga menambah lebih baik untuk terus sahaja Direct Message sekiranya tagging kita itu boleh memalukan dirinya kelak.

Perkongsian yang dimuat turun empat hari lalu ini telah mendapat lebih setengah juta tontonan dan lebih 6 ribu komen.

@uziryo Waalaikumussalam ustaz terima kasih

@iamdynos@naajeel semoga memberi manfaat … jngan marahhh

@amalinsyirah_@ysmn_azman semuanya bergantung pada niat..hahahahahaahaha

Sebelum ini pun PU Azman ada menggunakan cara sama jika mahu menyampaikan atau memberi nasihat kepada pengguna laman sosial.

Caranya yang simple dan ada kalanya lucu ini mendapat perhatian netizen yang menyukai gaya persembahannya itu.

Malah ada juga antara netizen yang bertanya soalan terus kepadanya dalam ruangan komen.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM PU AZMAN

IKLAN