Hilangkan Jerawat Dengan Kiub Strawberi, Kulit Rasa Sejuk & Lembap Bila Sapu Di Muka

Share

Selain masalah jeragat antara masalah lain yang berkaitan dengan wajah, sering dialami oleh ramai wanita adalah jerawat. Masalah ini memang sangat biasa hinggap pada kulit wajah, lebih-lebih lagi jika kita kurang beri penekanan pada soal penjagaannya. Masalah jerawat ini jika dibiarkan akan terus membesar dan jika tidak diatasi akan menyebabkan seseorang itu boleh mengalami breakout teruk.

Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook, Esyima Zamri yang juga merupakan seorang Pensyarah ini cara untuk matikan jerawat. Dia turut memberitahu punca bagaimana jerawat ini terjadi dan matikannya hanya guna petua tradisional.

Dia juga turut berkongsi video cara-cara untuk membuatnya menggunakan buah strawberi yang dicampur dengan madu dan bekukan dalam peti sejuk seketika. Video ini telah ditonton lebih 19 ribu netizen di laman sosial facebook miliknya.

PUNCA JERAWAT:

1) Masalah hormon tidak stabil
2) Gemar makan makananan pedas dan berminyak.
3) Stress akan menyebabkan radang jerawat.
4) Penggunaan alat solek yang berlebihan dan tidak dicuci bersih.
5) Dan lain lain lagi penyebab.

Jerawat boleh dimatikan dengan mengamalkan bahan antioksidan yang terdapat di dalam strawberi dan campuran madu.

Jom sama sama kita cuba petua ni. Yang paling penting ianya mudah dan selamat.

BAHAN-BAHAN:
3 biji strawberry
1 sudu madu

CARA MEMBUAT:

1. Kisar buah strawberry sehingga lumat.
2. Campurkan 1 sudu madu.
3. Tuang di dalam ice tray untuk dibekukan di dalam peti ais.
4.Kemudian barulah kiub strawberi ini disapu secara rata di seluruh wajah. Petua ini bukan sahaja mudah dibuat tetapi ia juga selamat untuk kulit wajah. Nak hilangkan jerawat memang mudah sahaja.

Strawberi adalah buah yang berkhasiat untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, menjaga kelembapan kuit, mencerahkan kulit dan juga menghilangkan bekas jerawat serta membantu meredakan radang jerawat.
Madu pula dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, membunuh jerawat kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria sehingga jerawat dan parutnya dapat dihilangkan. Boleh digunakan setiap malam untuk kesan terbaik!

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah jerawat dengan cara alami.

Sumber kredit: Esyima Zamri

IKLAN