Menyental periuk adalah satu aktiviti di dapur yang agak mencabar. Memang tidak dapat lari dengan keadaan periuk yang hitam dan berjelaga. Telah pelbagai cara dicuba namun kesan hitam dan jelaga pada periuk tidak juga hilang.
Melalui perkongsian Mariyah Ghazali wanita ini berkongsi tip tentang sabun yang dia gunakan untuk mengilatkan periuk belanga di rumahnya. Akuinya lagi, telah bertahun-tahun menggunakan sabun tersebut.
Kebanyakan periuk-periuk yang dia gunakan pula sudah mencecah usia lapan tahun. Walau bagaimanapun periuk-periuk miliknya masih berkilat. Berkat menggunakan sabun yang dibeli dari kedai Eco itu, periuk-periuk wanita ini kelihatan seperti baru.
INILAH SABUN YANG DIGUNAKAN
LUMURKAN SABUN PADA SELURUH BAHAGIAN PERIUK
Ads
GUNAKAN BERUS DAWAI UNTUK MENGGOSOK PERIUK
WOW! MEMANG BERKILAT DAN BERSINAR-SINAR
Ads
SERONOKNYA BILA TENGOK PERIUK-PERIUK INI NAMPAK MACAM BARU
Ads
ADA ANTARA PERIUK-PERIUK INI YANG SUDAH BERUSIA LAPAN TAHUN
HIJABISTA: Apabila barang-barang dapur nampak bersih, kemas dan teratur, secara tidak langsung ia membangkitkan mood untuk lebih rajin memasak.
Ria Ricis dikenali sebagai YouTuber wanita pertama yang mempunyai jumlah subscriber terbesar di Asia Tenggara. Pasti ada yang berimpian mahu berjaya seperti Ria Ricis, kan?
Berikut 5 ‘petua’ kejayaan pempengaruh cantik yang juga adik kepada pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi ini.
Pemilik nama penuh Ria Yunita ini terkenal dengan karakter yang nakal, menarik, kelakar serta comel. Pelbagai keistimewaan yang ada pada Ria Ricis membuatkan dia menarik di media sosial.
Daripada menjadi YouTuber, Ria Ricis menceburi dunia nyanyian dan lakonan. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu single.
Ria Ricis juga pernah membintangi sekurang-kurangnya 10 buah filem.
Niat
Menurut Ria Ricis, jika anda ingin menjadi content creator perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai niat. Jika mengikut sahaja tak akan bertahan lama.
Konsisten
Ria Ricis juga berpendapat, jika ingin menjadi content creator, konsistenlah dalam mencipta kandungan. Konsisten akan menjadikan anda lebih dikenali.
Mental Yang Kuat
Pelakon filem Wedding Agreement ini berkata, jika anda konsisten dan benar-benar serius mencari pendapatan di media sosial, anda perlu tabah terutama dari segi mental.
Elakkan Clickbait
Ria Ricis menekankan, jika mahu menjadi content creator anda harus mengelak daripada membuat video dengan tajuk clickbait kerana ia boleh mempengaruhi kepercayaan penonton.
Pun begitu, kata Ria Ricis ada sesetengah content memerlukan clickbait kerana dalam keadaan buntu barulah boleh digunakan.
Reaksi Terhadap Haters
Jika sering mendapat komen negatif, Ria Ricis berpendapat jangan mudah melenting dan membalasnya. Lakukan perkara yang anda fikir positif.
Cari dan lakukan apa sahaja perkara diminati yang dapat membantu menambah pendapatan seterusnya mengubah taraf kehidupan menjadi lebih baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
Setelah sekian berteka-teki tentang hubungan mereka di mata umum, Jumaat lepas tepat jam 6.57 petang, sah sudah pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cyhthia Bella, 29 tahun, bergelar isteri kepada Engku Emran, 42 tahun.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka disatukan di sebuah hotel di ibu kota dan turut disaksikan oleh anak tunggal Engku Emran, Engku Aleesya. Dalam majlis itu Engku Emran menyerahkan wang mas kahwin RM300 juga lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari Bella.
Walaupun hanya dibuat secara tertutup tetapi ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan teman-teman rapat kedua-duanya.
Terpancar seri kebahagiaan di wajah masing-masing kerana pertemuan kedua-duanya adalah dalam masa cukup singkat.
Kelihatan berseri sekali pengantin baru mengenakan busana putih di majlis pernikahan dan juga turut mengenakan pakaian tradisional Minangkabau untuk majlis sanding di sebelah malamnya.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Tidak sampai seminggu bergelar suami isteri, pasangan sama cantik sama padan ini selain dihujani ucapan tahniah, rakan-rakan baik juga turut mendoakan pasangan ini cepat dapat baby termasukkan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira.
Nampaknya ramai yang tak sabar untuk melihat zuriat hasil perkongsian dua hati ini yang berlainan negara tetapi serumpun. Pastinya akan mewarisi kecantikan ibu dan ayahnya kelak. Apa yang menyeronokkan Engku Aleesya pastinya nanti akan ada teman untuk bermain.
Bella dalam laman instagramnya turut memberitahu, dia begitu ikhlas dapat dipertemukan dengan Engku Emran dan hanya sekitar 5 bulan lalu. Mereka juga ketika itu hanya ada masa sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan dengan izin Allah. Bella turut berterima kasih kepada Allah atas perjalanan yang cukup indah itu.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Sebelum itu dalam post terdahulu Bella mengakui jatuh hati melihat cara Engku Emran yang dipanggil abang mencintai Allah, caranya mencintai Bella dan juga mencintai keluarganya.
Juga cara Engku Emran menyayangi Aleesya dan memang inilah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai Imamnya yang mampu memimpin dan melindungi dirinya kelak hingga ke syurga.
Posting Bella ini mendapat lebih 1 juta ‘like’ daripada pengikutnya dan rakan artis lain seperti Nora Danish dan juga Hafiz Hamidun.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Semoga keduanya dapat melayari fasa baru dalam kehidupan ini dengan penuh indah dan bahagia sekali dengan limpahan kasih sayang dan keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.