Gadis Ini Kongsi Masker Wajah Yang Best Untuk Kulit Flawless. Rugi Kalau Tak Cuba!

Share

Kulit yang sihat, lembut dan bebas cela memang menjadi impian setiap orang terutamanya kaum wanita. Ramai yang tahu salah satu cara untuk mendapatkan semua itu adalah dengan menggunakan masker wajah namun tidak semua yang rajin mengaplikasikannya.

Rugi tau sis! Masker wajah ini sangatlah efektif untuk kita mengatasi masalah kulit contohnya seperti masalah breakout. Untuk mengetahui lagi jenis-jenis masker wajah yang best, marilah kita ikuti perkongsian daripada Nana Robil

ini.

Korang kalau tak cuba mask diy ni adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Sebab dah la guna barang dari dapur, selamat dengan kos rendah je. Janji rajin. Menjadi percayalah ibu cakap ni.

Time breakout tuh boleh kata dalam peti penuh koleksi mask ibu buat. Terlebih rajin. Nanti rajin-rajin google tau.

Kunyit + Yogurt + Madu + Lemon
( Matikan jerawat, cerahkan kulit, boleh rawat luka-luka bekas jerawat )
Kalau kulit kering tukar kena buh olive oil tukar dengan lemon.

Serbuk Kayu Manis + Serbuk Buah Pala + Madu
( Kecutkan jerawat, pudar parut hitam dan parut dalam ) Yang ni boleh gosok buat skrub sekali.

Tepung Beras + Air
( Rawat muka berminyak, sunburn dan boleh cerahkan kulit sekali )

Putih Telur + Lemon + Kapas
( Buat buang whitehead/blackhead, boleh rawat pori sekali kulit pon makin cerah )

kredit: Nana Robil

IKLAN