Fouziah Gous Dedah Pernah Jual Tudung 7 Tahun Lalu Tapi Segan Nak Mengaku

Share

Penampilan pelakon cantik dan popular, Datin Fouziah Gous yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sejurus pulang dari mengerjakan haji pada tahun lalu memang menjadi perhatian semua apatah lagi bila dia kelihatan semakin berseri tatkala berhijab.

Menerusi laman instagramnya, beliau mendedahkan sebenarnya beliau pernah menjual tudung di bawah jenama sendiri pada tujuh tahun yang lalu. Namun, malu untuk mengakuinya kerana belum berhijab pada waktu itu.

7 years ago.. bezanya i lagi kurus🤓

7tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi xmengaku brand sendiri😅. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tp jual tudung. Now dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung🤦🏼‍♀️. Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi . Ini di saat menunngu @zhafyusof

 sampai kita upload

Ramai yang memuji kejelitaan aktres tersebut yang memang cantik sejak dari dahulu lagi. Kalau Fouziah menjual tudung kembali, pasti ramai yang akan belikan?

IKLAN