Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond, No Time To Die Runtun Hati Penonton

Share

Baru-baru ini, sis telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem James Bond, No Time To Die anjuran United International Pictures (UIP). 

Padu dengan lagak aksi, filem ini mengisahkan tentang Bond yang telah meninggalkan perkhidmatan dan sedang menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica.

Namun, ketenangan hidup yang dinikmati beliau tidak berpanjangan apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta bantuan. Misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik ternyata jauh lebih khianat daripada yang dijangkakan, membawa Bond ke jejak penjahat misteri yang bersenjatakan teknologi baharu yang berbahaya.

Menariknya, selain Daniel Craig, filem ini turut menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Rami Malek, Ana de Armas, pelakon Perancis, Léa Seydoux dan ramai lagi.

Filem ini juga memberikan makna yang berbeza kerana ini merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Hmm, sedih pula rasanya!

Walaupun berdurasi 2 jam 43 minit, namun plotnya yang menarik membuatkan kita tak mahu berganjak dari kerusi dan mahu terus setia menontonnya.

Tak rugi untuk ditonton, anda boleh mengajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut serta menontonnya di pawagam bermula hari ini.

IKLAN