Baru-baru ini, sis telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem James Bond, No Time To Die anjuran United International Pictures (UIP).
Padu dengan lagak aksi, filem ini mengisahkan tentang Bond yang telah meninggalkan perkhidmatan dan sedang menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica.
Namun, ketenangan hidup yang dinikmati beliau tidak berpanjangan apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta bantuan. Misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik ternyata jauh lebih khianat daripada yang dijangkakan, membawa Bond ke jejak penjahat misteri yang bersenjatakan teknologi baharu yang berbahaya.
Ads
Menariknya, selain Daniel Craig, filem ini turut menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Rami Malek, Ana de Armas, pelakon Perancis, Léa Seydoux dan ramai lagi.
Ads
Filem ini juga memberikan makna yang berbeza kerana ini merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Hmm, sedih pula rasanya!
Ads
Walaupun berdurasi 2 jam 43 minit, namun plotnya yang menarik membuatkan kita tak mahu berganjak dari kerusi dan mahu terus setia menontonnya.
Tak rugi untuk ditonton, anda boleh mengajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut serta menontonnya di pawagam bermula hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Jenama penjagaan rambut terkenal, Pantene baru-baru ini melancarkan rangkaian produk terbaharu iaitu ‘Miracles Bond Repair Range’ yang menampilkan inovasi teknologi dan Pro-Vitamin B5.
Dihasilkan dengan formula Pro-Vitamin B5 dan berteknologi tinggi ia membantu merawat rambut yang rosak seterusnya mengembalikan kelembapan.
Rambut menjadi lebih sihat, licin, lebat dan bersinar.
Varian Power Repair tersedia dalam bentuk syampu, rawatan dan hair mask. Manakala varian Gentle Repair tersedia dalam bentuk syampu dan rawatan.
Rangkaian ini boleh didapati secara eksklusif di seluruh Watsons Malaysia, secara dalam talian dan kedai-kedai terpilih.
Pantene Mlalaysia turut menganjurkan pop-up event di Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 22 hingga 27 April 2025.
Turut diumumkan ialah perlantikan selebriti jelita, Emily Chan sebagai duta jenama Pantene.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Country Manager Procter & Gamble Malaysia & Singapura, Nantha Kalimuthu.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat para pengunjung. Segalanya di Pantene Miracles Bond Repair Lab.
Antara aktiviti-aktivitinya ialah: –
2. Ujian formula baharu.
3. Booth AI Sketch Transformation.
4. Abadikan momen di photo booth bertemakan Pantene.
5. Melengkapkan “Pengembaraan Ikatan Pantene”.
6. Tukar syampu (eksklusif untuk ahli Kelab Watsons).
Berlaku tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di mana seramai 18 mangsa telah disahkan meninggal dunia pada tempat kejadian sekitar jam 5.30 petang.
Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, terdapat 14 orang mangsa masih lagi tertimbus dalam timbunan tanah di lokasi.
Ujarnya lagi, kemalangan itu melibatkan seramai 94 orang mangsa dan hanya 61 orang sahaja selamat manakala 18 telah disahkan meninggal dunia termasuk empat orang kanak-kanak.
“Mangsa terbaru dikeluarkan sekitar jam 4.40pm tadi, dan dalam setengah jam yang lalu kita menjumpai seorang lagi mangsa tetapi masih dalam proses untuk dibawa keluar,
“Kita mengalami kesukaran mengesan mangsa berikutan kedudukan mayat yang telah ditolak jauh dari tapak khemah oleh runtuhan tanah.” katanya ketika disoal di tempat kejadian.
Dalam temubual bersama Harian Metro, Chong, 28, berkata dia dan rakan-rakan juga merupakan mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm pada hari ini.
Katanya, runtuhan itu berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dan hampir keseluruhan kawasan musnah. Dia yang bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B tidak terjejas teruk dan semua ahli dalam kumpulannya selamat.
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya sewaktu ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Dia juga menjelaskan sewaktu mereka sedang nyenyak tidur pada jam 2 pagi, terdengar satu bunyi dentuman kilat dan tanah runtuh yang dapat di rasainya di paras kepala. Mereka terus keluar dengan cepat untuk selamatkan diri.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.