Faktor Kemiskinan Tak Halang Gadis Ini Lulus Ujian Syahadah 30 Juz Al-Quran Dalam Masa 2 Hari. Subhanallah!

Share

Tidak mudah untuk berjaya dan tiada apa yang dapat menghalangnya jika sudah menjadi Insan Terpilih dan disertakan dengan usaha yang berterusan. Malah faktor hidup kemiskinan juga tidak menghalang seseorang itu untuk mencapai apa yang diimpikan. Kejayaan manis gadis ini, Nurul Ezzatina Zaidi yang telah berjaya lulus ujian syahadah 30 Juz Al-Quran dan merupakan pelajar pertama dari Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi yang lulus ujian berkenaan.

Majlis yang diadakan selama dua hari pada hujung November lalu dan Nurul Ezzatina lulus ujian hanya dengan empat kesalahan sahaja. Sememangnya bukan mudah untuk menghafal Al-Quran 30 Juz dan Syahadah.

Dalam majlis itu, pada hari pertama dia telah berjaya menghabiskan 20 juzu dan pada hari kedua pula sebanyak 10 juzu lagi.

Dia mula memasuki Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi pada 2014 dan telah mendapat tajaan di Matan Langkawi dan merupakan anak kelahiran pulau lagenda berkenaan.

Sebelum itu Nurul Ezzatina telah menghabiskan hafalan 30 Juz Al-Quran pada 1 Februari 2016 dan pada 27 November lalu jadi hari bersejarah buatnya kerana lulus ujian syahadah.

Ujian syahadah berlangsung selama dua hari.

Adik Ezzatina yang berpegang pada prinsip kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan sentiasa mendapat dorongan daripada ibu bapanya.

Selain itu dia turut mendapat sokongan daripada guru dan rakan yang membantunya merealisasikan impian menjadi seorang hafazah.

Alhamdulilah akhirnya berjaya selesaikan 30 Juz Al-Quran dan Syahadah.

Katanya kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagikan masa.

Tambahnya lagi jika mahu berjaya kita perlulah mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Semoga kita memperoleh keberkatan dan rahmat dari-Nya.

SUMBER: INSTAGRAM USTAZ AHMAD DUSUKI

IKLAN