Industri fesyen dunia nampaknya semakin menerima kehadiran model bertudung sebagai wajah bagi memperagakan jenama mereka.
Ugbad Abdi, nama yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen antarabangsa mula mencuri tumpuan semua disaat dia mula berjalan di minggu fesyen couture Paris.
Berasal dari Iowa, Ugbad sememangnya sudah bersedia untuk berjalan di pentas peragaan Pierpaolo Piccioli’s Valentina Spring 2019 dan tidak menyangka dapat bertemu, bertentang mata dengan idolanya iaitu Naomi Campbell.
“Saya hampir pengsan kerana tak menyangka Naomi ada sekali dalam acara yang sama, betul-betul di belakang saya!”
Jelasnya, dia terlihat Naomi sewaktu dalam barisan ketika sesi latihan. Ini adalah kejutan terbesar buat dirinya kerana dia tidak pernah terfikir akan dapat peluang untuk menyertai acara sebegini sebaris dengan mereka yang terkemuka.
Walaupun sangat teruja, Ugbad yang dilahirkan di Somalia ini tetap mengekalkan sikap professionalnya di atas pentas peragaan dengan memberikan aksi yang hebat seperti seorang supermodel yang handal. Tidak try hard, faktor inilah yang menyebabkan dirinya diintai oleh jenama fesyen antarabangsa di seluruh dunia.
Tidak lama selepas itu, rezeki menyebelahinya apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam jenama pertunjukkan fesyen yang gah seperti Burberry, Fendi, Lanvin dan juga Simone Rocha. Penglibatannya ini menjadikan suatu permulaan yang kukuh buat kariernya yang baru bertapak dan semakin meningkat naik ini.
Dicungkil bakatnya daripada Instagram, ini adalah 5 fakta menarik mengenai Ugbad Abdi!
Hijabi pertama yang ‘berjalan’ untuk jenama Fendi. Ugbad menjadi model bersama Hadid Sisters untuk peragaan yang lalu di Milan dan mencipta sejarah apabila mengenakan hijab sewaktu acara tersebut.
2. Dia dan keluarga melarikan diri dari Perang Sivil Somalia ke Kenya sewaktu usianya 9 tahun. Mereka menetap di kem pelarian selama 9 tahun sebelum ditempatkan di Iowa.
4. Baru sahaja berusia 18 tahun… Selepas tamat sahaja zaman persekolahan, dia terus terbang ke Paris selepas mendapat tawaran daripada Next Models Worldwide.
5.Sangat down to earth! Walaupun sudah berdiri sepentas dengan Naomi dan juga Hadid Sisters, Ugbad tetap mesra seperti biasa dan tidak pernah jemu melayan peminatnya!
Suatu ketika dulu drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih jadi fenomena yang menggemparkan. Betapa ketika itu penonton memang meluat melihat aksi Bawang Putih dilakonkan Nia Ramadhani yang asyik betul membuli Bawang Merah yang dibawakan oleh pelakon Revalina S Temat. Ketika itu kedua-dua pelakon ini masih remaja dan kini setelah hampir 13 tahun berlalu, masing-masing sudah dewasa dan berjaya dalam karier masing-masing.
Salah seorang pelakonnya Revalina S Temat kini sudahpun berhijab dan dia sangat cantik sekali. Biarpun hijab digayakan simple, namun kejelitaan wajahnya tetap terserlah. Revalina di katakan berhijab setelah pulang daripada menjalani ibadah umrah. Dia juga mengakui berhijab bukan mengikut trend sebaliknya sedar pada usianya 31 tahun, Revalina mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Dalam satu temu bual, Revalina berkata sebenarnya keinginan untuk berhijab sudah ada sebelum dia berangkat menunaikan umrah lagi. Ternyata perjalanan spiritual selama di tanah suci membuatkan dia semakin kuat untuk berhijab. Sebaik pulang, dia nekad dengan keputusan yang diambil.
Ternyata dia tidak menyesal dengan keputusan yang diambil kerana rezekinya semakin banyak setelah berpenampilan sebagai seorang Muslimin. Bahkan kerja-kerjanya sekarang juga lebih terarah kepada yang memakai hijab.
Ibu muda kepada seorang cahaya mata ini juga mendapat sokongan padu dari suaminya sendiri, walaupun sebelum itu dia ditanya adakah benar-benar mahu berhijab atau nanti akan buka semula. Namun Revalina memang tegar dengan keputusan itu dan suaminya juga yakin dengan pilihan yang diambil olehnya.
Penampilan pelakon Bawanng Putih Bawang Merah ini tetap cantik dan bikin hati tenang melihatnya kerana dia sememangnya amak cocok sekali mengenakan hijab. Walaupun sekadar dililit ringkas, ia sudah memadai buat si cantik Revalina.
Semoga Revalina terus istiqomah dengan penghijrahan yang dilakukan sekitar Mei lalu.
Sekiranya idea latihan di rumah membuat anda menguap dan membosankan, jom renung semula! Apabila dilaksanakan dengan betul, hanya menggunakan berat badan tanpa mengeluarkan bajet sesenpun.
Oleh itu, alasan tidak boleh ke gim dan kekurangan masa bukan tidak boleh diguna pakai sama sekali, kosongkan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh. Namun selain gerakan pastikan pakaian memenuhi citarasa anda yang ingin bersenam sebelum memulakan kerja dari rumah.
Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi mulailah dari mana anda merasa bersedia.
10 pilihan kami untuk latihan berat badan pemula akan memberikan latihan seluruh badan. Selesaikan 2 set 10 hingga 15 ulangan setiap latihan, dengan rehat 1 minit di antara setiap pergerakan. Senaman ini memerlukan masa kira-kira 15 minit rutin untuk pemula.
Aktifkan ‘core’ dan posterior anda (istilah untuk bahagian belakang badan). Ini adalah senaman yang bagus untuk digunakan sebagai pemanasan.
Langkah:
Squat untuk menguatkan kaki dan perut anda, yang akan menjadikan pergerakan seharian lebih mudah. Bermula dengan kerusi yang akan membantu anda menguasai posisi yang betul.
Langkah:
Pushup gaya pemula, langkah ini akan membantu anda membina kekuatan sebelum mencuba ‘pushup standard’.
Langkah:
Tekan paha depan, punggung dan kaki tidak bergerak.
Langkah:
Langkah ini akan menguji bahagian atas badan, terutama bahu anda. Siapa kata anda memerlukan berat untuk latihan bahu?
Langkah:
Bentukkan glutes dengan dengan tendangan keldai.
Langkah:
Langkah seluruh badan yang memerlukan keseimbangan dan kestabilan, posis Bird Dog mudah ditingkatkan ke tahap kemampuan anda. Mulakan dengan versi ini jika anda seorang pemula.
Langkah:
Latihan badan penuh yang memerlukan kekuatan dan keseimbangan, badan meletakkan perut ke dalam.
Langkah:
Anda mungkin tidak berfikir untuk menguatkan otot pinggul sehingga latihan ini mula mengganggu anda, tetapi sila pertimbangkan semula! Ini terutama berlaku jika anda duduk sepanjang hari. Menentangnya dengan pergerakan mensasarkan pinggul akan sangat bermanfaat.
Langkah:
Menggunakan perut dengan hampir semua latihan kekuatan ini, pergerakan ab yang disasarkan tidak akan menyakitkan.
Langkah:
Dalam tinjauan baru-baru ini, hampir 9 dari 10 mereka melakukan senaman di rumah menyatakan bahawa pakaian berdasarkan prestasi membantu mereka mendorong diri mereka lebih berusaha senaman di rumah.
Segala-galanya dari jadual sibuk keluarga dan kerja di rumah boleh mengancam untuk menggagalkan anda. Satu perkara yang mengejutkan yang dapat membantu anda bersemangat pakaian yang anda pakai.
“Apabila kita tampil cantik, kita merasa baik, dan kita merasa termotivasi untuk melakukan lebih banyak lagi. Ketika kita menyukai pakaian latihan kita, itu juga mendorong kita untuk memakainya lebih banyak, yang bererti kita lebih sering bersenam.
Rata-rata mengakui koleksi sukan dari UNIQLO memang selesa untuk bersenam di rumah dan boleh dibawa terus bekerja dirumah. Material yang ringan dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Pasangkan WOMEN Pocketable UV Protection Parka (Pattern) yang cukup ringan untuk dibawa kemana sahaja pasangkan bersama inner top WOMEN AIRism UV Protection Long Sleeve T-Shirt dan juga WOMEN AIRism Active UV Protection Soft Leggings. Barulah ada semnagat nak bersenam walaupun di rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam Anugerah Juara Lagu ke 36 berlangsung dengan begitu meriah semalam menyaksikan barisan artis berentap hebat beraksi di pentas berprestij itu. Bukan hanya sekadar susunan muzik, irama lagu serta lantunan vokal yang mantap, malah penggayaan busana yang disarungkan oleh setiap penyanyi yang berentap jua menjadi tumpuan ramai dalam menyerikan lagi AJL-36.
Antara gaya fesyen yang menjadi pilihan team Hijabista pada malam gemilang AJL-36 semalam ialah Siti Nordiana, Bunga Isme & Noraniza Idris serta Aina Abdul. Bukan sahaja susunan muzik yang mantap dan memukau, busana yang digayakan juga turut menjadikan seluruh persembahan kelihatan begitu sempurna!
Meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi, namun Siti Nordiana tetap tampak mewah dalam sebuah persalinan gaun berwarna emas menyeliputi dirinya yang membangkitkan sedikit elemen padang pasir ataupun ‘Cleopatra’. Meskipun berhijab, namun gaya fesyen penyanyi Siti Nordiana ini sudah cukup sempurna dengan memberi efek yang begitu eksklusif apabila pancaran cahaya lampu pentas menyuluhi dirinya yang menyanyi solo di atas pentas AJL-36 itu. Auranya sendiri sudah menghantui keseluruhan pentas semalam!
Pereka fesyen yang menggalas tanggungjawab menghasilkan rekaan ini bijak dalam permainan ‘less is more’ dengan hanya memberi sentuhan perincian manik pada bahagian dalam serta di bahagian pinggang untuk memberi elemen kesempurnaan busana ini. Apa-apapun, yang paling mahal dalam rekaan ini ialah teknik ‘drapping’ nya yang kelihatan begitu cantik terbentuk terutamanya dibahagian bahu penyanyi ini.
Ternyata, netizen bersetuju untuk mengatakan penyanyi rap Bunga kelihatan begitu comel semalam dengan padanan warna ungu bersama dengan penyanyi popular Noraniza Idris. Tema warna ungu yang dipilih oleh pihak penaja dari jenama produk kecantikan, NOIR amat menyerlahkan kejelitaan kedua-dua anak seni ini serta menjadikan keseluruhan malam AJL-36 nampak lebih meriah!
Bunga yang kelihatan selesa dan santai menyarungkan busana dari fabrik songket ini tampak seperti Puteri Melayu klasik sambil ditambah pula dengan ‘headgear’ bunga menjadikan Bunga paling comel di pentas berprestij itu. ‘Headgear’ itu juga seolah menginterpretasi sinonim panggilan Bunga untuk dirinya. Rekaan yang persis kebaya itu juga amat sesuai dengan tema lagu Intan Payung yang dibawanya, yang lebih berkonsepkan pop tradisional.
Sama juga seperti penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia etnik kreatif ataupun tradisional, Noraniza Idris, tampil menawan dengan gaun seakan ‘princess’ dalam rona ungu gelap. Fabrik songket juga turut digunakan sebagai penyeri gaun yang digayakan untuk menaikkan lagi unsur tradisional lagu Intan Payung. Pastinya ramai yang teruja dengan kehadiran Noraniza Idris pada malam gemilang AJL-36 semalam.
Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat rekaan busana yang akan disarungkan oleh penyanyi ini apabila setiap kali membuat persembahan. Aina Abdul bukan sahaja seorang penyanyi yang bersuara lunak, malah dia berani untuk menggayakan gaya fesyen yang berbeza dan unik sehingga mencipta epik dalam karier seninya.
Berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan Popular di AJL-36 semalam, Aina Abdul masih lagi pemenang untuk gaya fesyen terbaik di pentas berprestij itu. Lihat saja rekaan busana yang dihasilkan oleh pereka tempatan Melinda Looi untuk lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta, itu sahaja sudah cukup untuk Aina Abdul menjadi topik utama serta menjadi tumpuan lensa kamera pada malam semalam. Biarpun sarat dengan perincian bunga, daun dan ranting, seakan-akan mencedok inspirasi dari filem fantasi Alice In Wonderland, namun rekaan avant-garde itu sudah pun menjadi sebuah simbol ikon fesyen bagi penyanyi Aina Abdul sendiri!
Malah, penampilan kedua Aina untuk lagu Sepi juga turut memukau pandangan ramai apabila busana rekaan Tengku Syahmi yang sarat dengan warna keemasan menyinari pentas AJL-36. Tiada kata yang mampu diucap kerana rekaannya begitu mewah dan eksklusif. Rata-rata peminatnya juga turut teruja dan tersenyum lebar apabila melihat artis kesayangan mereka itu sekali gus menjuarai label ikon fesyen pada malam penuh gemilang itu! Meskipun ada yang menyamakan rekaan emas itu seperti trofi Anugerah Oscar atau Grammys, namun, sudah terang lagi bersuluh, Aina Abdul ialah seorang artis yang berani bereksperimentasi untuk menjiwai diri bersama dengan nukilan lagunya sendiri! Syabas Aina!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.