Dulu Model Muslimah, Kini Bergelar Pelakon. Populariti Husna Mustaffa Setanding Selebriti Berhijab Lain!

Share

Kalau sebelum ini namanya hanya di kenali dalam kalangan pengikutnya di media sosial sebagai seorang model Muslimah. Malah wajah ayunya sering ditagih pemilik butik Muslimah untuk memperaga busana mereka. Beri apa sahaja baju atau hijab padanya, pasti hasil yang diberikan tidak mengecewakan.

Kini nama Sharifah Husna Syed Mustafa bukan sahaja popular dan dikenali di media sosial, tetapi juga dalam dunia seni. Biarpun berstatus ibu kepada dua cahayamata, namun tidak membataskan minatnya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pembabitannya sebagai pelakon mula disedari ramai sejak berlakon dalam drama pertamanya Cinta Tiada Ganti. Malah bakatnya terus dicungkil apabila berlakon dari satu drama ke satu drama lain.

Ditambah pula dengan anugerah seraut wajah manisnya yang cantik berhijab menjadi faktor utama menjadikan selebriti kecil molek ini kian popular.

Jika diintai di laman Instagramnya juga, gaya Husna dalam setiap foto di muat turun memang sangat cantik dan bijak bergaya. Selain itu, dia juga rajin membuat tutorial hijab untuk berkongsi dengan followernya.

Ayuh kita lihat 10 gaya pelakon berhijab yang popular dental drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Husna Mustafa yang sangat anggun dan sedap mata memandang.

#.1 nur_hawanis96 cantiknyaa

#2. iffahalisha So gorgeous!

#3. _munirahtailor Lawanyaa

#4. helengorkava You are so gorgeous

#5. norrizah.abusamah Comel. Cantik. Kurus.

#6. lady_yyuri Baju.cantik!love

#7. miarayyan Cantiknya awak.

#8. nida_atan Cantik btul la Husna ni..kali pertama tgok dlm drama cinta tiada ganti trus jtuh cinta sejuk mata pandang wajahnya..lpas tu mmg sesuai dia bwak watak setiausaha..bergaya..cute n xsangka dah ada suami

#9. all.about.shades @husnamustaffacantiknya!

#10. dayahaircarehq Alaaa cantiknyaa husna nih

VIDEO TUTORIAL HIJAB RAYA GAYA HUSNA:

#Tutorial 1

#Tutorial 2

#Tutorial 3

IKLAN