Lumrah kejadian seorang wanita yang sukakan kecantikan dan sentiasa mahu nampak indah di hadapan semua orang. Tidak salah untuk nampak cantik tetapi anda perlu tahu cara yang betul agar ia tidak memudaratkan kesihatan anda.
Berdasarkan satu posting di Facebook oleh seorang doktor tentang perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda mahu kurus dan sihat. Menurut Doktor Hafiz Sulaiman, anda tidak boleh sekadar mengira kalori semata-mata jika mahu kurus tetapi anda perlu memilih makanan berkualiti yang padat dengan nutrisi dan mempunyai kesan positif pada kesihatan.
Baca perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman ini dan tentunya ia memberikan kebaikan buat anda yang betul-betul tertekad mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
Tak kurus-kurus walaupun dah bersenam macam nak gila, pantang makan dah nak kebulur?
Nak kurus tak boleh sekadar kira kalori semata-mata tetapi lebih penting ialah memilih makanan berkualiti yang padat nutrisi dan mempunyai kesan positif terhadap kesihatan.
Diet untuk sihat dan kurus ini jadi susah kerana banyak dakyah dan kefahaman kurang saintifik jadi gimik marketing industri pemakanan.
6 saranan di bawah ini merupakan saranan kontroversi dalam sains pemakanan.
USDA pada tahun 2015 tidak lagi menyarankan kemestian sarapan pagi kerana tiada bukti yang cukup kukuh.
Malangnya ramai GAGAL memahami gula berlebihan bukan sekadar kalori berlebihan tetapi juga mengakibatkan keradangan, masalah kardiometabolik serta masalah gangguan hormon.
Malah makan gula berlebihan mudah mengakibatkan KETAGIHAN MAKANAN terutamanya ketagihan gula sendiri.
Dakyah bahaya lemak tepu dan kolesterol bermula sejak Dr Ancel Keys mengemukakan teori lipid pada tahun 1950an.
Namun banyak kajian terkini membuktikan lemak tepu dan kolesterol tidak bahaya dimakan secara sederhana. Akhirnya pada tahun 2015, garis panduan USDA tidak lagi meletakkan had kolesterol dalam makanan.
Tiada bukti saintifik yang kukuh bahawa kolesterol dalam makanan itu bahaya malah kolesterol merupakan zat penting untuk kesihatan terutamanya saraf.
SOLUSI
————
Kaedah paling mudah pemakanan untuk sihat dan kurus ialah mengikut fitrah..dan ia sejajar dengan tuntutan Islam:
1) Banyakkan berlapar dan berpuasa.
2) Elakkan selalu perut penuh dan selalu kenyang.
3) Makan makanan padat nutrisi dan tidak membawa mudarat.
Jika kita masih susah kurangkan berat badan, ia mungkin bukan salah kita..tetapi mungkin kerana kaedah dan bahan makanan yang kita rasa sihat itu mungkin tidak fitrah dengan badan kita.
Wallahua’lam
Sumber: Facebook Hafiz Sulaiman