Disangka Gadis Arab, Elfira Loy Luah Rasa Teruja Apabila Ibadahnya Di Raudhah Dipermudahkan

Share

Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang bertuah berpeluang mengerjakan umrah bersama keluarga tercinta. Pelakon popular, Elfira Loy juga tidak terkecuali. Ketika ini, dia sedang mengerjakan umrah bersama suaminya yang tercinta iaitu Faris.

Berpeluang menjejakkan kaki ke taman syurga Raudhah, Elfira sempat berkongsikan pengalamannya mengerjakan solat sunat dan juga berdoa di tempat istimewa tersebut.

Kata El, lain orang lain rezekinya. Dia berasa begitu beruntung apabila dapat mengerjakan ibadah di situ dengan mudah kerana kawasan itu sentiasa sesak.

Untung sekali Elfira dapat beribadah di taman syurga Raudhah. Hijabista doakan El dan juga suami mendapat umrah yang mabrur. Tidak lupa juga buat pembaca Hijabista yang berniat untuk ke tanah suci, moga dipermudahkan segala urusannya. Amin!

IKLAN