Kecantikan

Diminta Zulin Aziz, MUA Dari Indonesia Ini ‘Transform’ Dirinya Menjadi Siti Nurhaliza!

Share

Kuasa hebat mekap memang boleh merubah wajah seseorang itu. Seperti sentuhan hebat seorang jurumekap dari Indonesia, Silma Fatimah Azzahra telah mentransformasikan wajahnya sendiri menjadi seperti Dato Seri Siti Nurhaliza selepas diminta oleh pelakon, Zulin Aziz.

Transformasinya itu mendapat perhatian ramai warganet apabila dia memuat naikkan videonya itu dengan berlatarkan lagu Cindai di laman TikTok.

Ramai yang terpegun dengan kemahiran yang dimilikinya. Selain itu, mereka juga turut mengatakan yang wajahnya sudah seakan-akan Dato Sri Siti Nurhaliza walaupun tanpa mekap.

Hebatnya dia! Semestinya kemahiran solekan yang dimiliki ini tidak boleh disia-siakan begitu sahaja. Tak sabar nak tengok artis mana pula yang akan ditiru selepas ini.

sumber: twitter @IniAlannn

IKLAN