Diberi Makeup Challenge, Mira Filzah Tak Sangka Emir Berjaya Buat Look Jennie Blackpink

Share

Kisah pasangan romantis, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar memang sentiasa mendapat perhatian ramai sejak sebelum nikah lagi.

Ramai yang gemar mengikuti perkembangan mereka sehinggakan Mira dan Emir membuka akaun saluran YouTube sendiri, #EmirAmirah, di atas permintaan ramai yang mempunyai lebih 120,000 pengikut sehingga kini.

Banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersam yang dikongsi dalam video-video mereka seperti yang terbaharu iaitu apabila Emir diberi cabaran menyolek wajah isteri sendiri supaya kelihatan seperti Jennie Blackpink.

Menariknya, ramai yang tidak menyangkakan Emir dapat melaksanakan cabaran itu dengan baik sehingga Mira sendiri terkejut dan berpuas hati dengan hasil air tangan suaminya itu yang baru pertama kali menata rias wajah jelitanya itu.

Emir ternyata mendengar dengan baik arahan yang disampaikan oleh isterinya yang tercinta itu sehingga menghasilkan suatu solekan yang menarik.

Di ruang komen, ramai yang terhibur dan kagum dengan cara Emir menyelesaikan tugasan yang berikan. Peminat juga tidak sabar untuk menantikan kandungan video pasangan ini yang akan datang.

IKLAN