Dalam video ‘Q and A Time with Rosix, Bella & Lofa’ di saluran YouTube Rosix & Bella, Noor Nabila atau lebih mesra disapa Bella telah mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman adiknya iaitu Neelofa.
Jelas Bella, Neelofa seorang wanita yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.
PERNAH TIDUR DENGAN MEKAP
“Lofa seorang yang sangat komited, bekerja keras dan tegas.
“Dia tak tahu masak, tapi sekarang dah pandai. Dia pernah tidur dengan mekap.
Ads
“Dalam keluarga dia bukan seorang paling bersih. Dia sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.
SUKA LELAKI YANG BOLEH BERI TAZKIRAH
“Lelaki idamannya yang boleh membawa ke syurga, boleh beri tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut. Janggut kena simpan, sunnah,” ujar Bella.
Ads
Selain itu, Rosix pula berpendapat bahawa Neelofa seorang individu yang sentiasa menepati masa dan rajin bekerja.
“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.
Ads
“Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata strict.
“Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.
Kisah percintaan Neelofa hangat diperkatakan baru-baru ini apabila berita dia telah dirisik oleh PU Riz menjadi tular pada hari Ahad lepas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang ternanti-nanti perkembangan semasa pelakon jelita, Nad Zainal yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri hampir seminggu lalu.
Meninjau ke laman Instagram rakan gandingan serasi Nad, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memaklumkan, sejak tiga hari lalu, Nad sudah mula sedarkan diri walaupun hanya untuk beberapa ketika.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
“Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan… bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
“Dia sedar sekejap sahaja,” kata Ungku Ismail menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, Nad masih perlu di pantau oleh doktor di ICU secara berkala, walaupun beliau sudah mula menunjukkan kesan-kesan pemulihan yang positif.
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal.
“Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan, begitu juga keluarganya yang mahu melihat anak tunggal mereka sembuh seperti sediakala,” ujarnya.
Terdahulu, Hijabista melaporkan berkenaan keadaan Anad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin yang ditidurkan ekoran mengalami pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Memandangkan keadaan pandemik di negara kita semakin membimbangkan ekoran wabak covid-19, anda semua kini disarankan untuk memiliki sendiri alat Pulse Oximeter di rumah.
Apa itu alat Pulse Oximeter? Ia merupakan alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.
Ramai peniaga yang kini menjualnya di atas talian namun tidak kurang ramai juga yang mengambil kesempatan dengan menjual alat yang palsu dengan harga yang murah.
Jangan tertipu semua! Sebaiknya kita carilah yang asli seperti yang disarankan oleh MDA sendiri. Biarlah melabur sedikit, janji kesihatan tidak tergadai.
Menurut perkongsian Ilham Media di Facebook, mereka telah berkongsikan alat Pulse Oximeter yang murah dan berfungsi dengan baik yang dijual secara atas talian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.