Kecantikan

Daun Pisang Boleh Jadi Agen Anti Kedut, Bukan Cakap Kosong, Saintis Korea Dah Buat Kajian

Share
Ramai yang mengetahui bahawa kulit mampu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti menghilangkan parut pada kulit wajah.
Pun begitu, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa daun pisang juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kulit wajah anda.

Berikut perkongsian Dr Suri Roowi

DAUN PISANG ANTIKEDUT?

Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering 31(2): 126-134 (2016) ke atas ekstrak daun pisang.

Hasil kajian mendapati ekstrak daun pisang boleh bertindak sebagai antikedut.

Ekstrak daun pisang bertindak dengan meningkatkan pro-collagen dengan menurunkan enzim MMP-1 dan MMP-2 (enzim yg terlibat dgn pembentukan kedut).

Bahan aktif ekstrak daun pisang adalah asid corosolic

Walau bagaimanapun belum ada maklumat rasmi tentang cara penggunaannya yg betul

Sumber kredit: DrSuriRoowi

IKLAN