Dapat 6A UPSR, Neelofa Mahu Beri Reward Buat Odah Kerana Tinggi Budi Bahasanya

Share

Semalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.

Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.

Menariknya, sikap Odah yang sangat berbudi bahasa dan menghormati guru itu telah membuatkan netizen terharu sehinggakan mencuri tumpuan selebriti terkenal iaitu Neelofa.

Menurut gurunya, kejayaan Odah juga adalah hasil berkat daripada sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya tidak kiralah dalam apa jua program yang Odah sertai.

Wow, untungnya adik Odah ni dapat perhatian daripada Neelofa! Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka daripada Tuhan. Moga adik Odah akan terus semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.

kredit: twitter @SyafaatNasir

IKLAN